Tuesday, August 23, 2011

Duit Mak Dara Di Curi/Ragut Semasa Shopping Raya

Ya... memang selalu kita dengar orang kena curi atau ragut tambah tambah bila musim perayaan makin dekat dan tak pernah sekalipun terlintas di fikiran Mak yang Mak juga akan mengalaminya. Yaaaa ini berlaku semalam sewaktu Mak Dara ke Uptown Danau Kota untuk beli barang raya....

Memang Mak Dara amat berhati hati sangat sangat semasa berada di sana. Bag tangan Mak pun Mak pegang kuat kuat  dan tak lepaskan.. Namun semasa Mak tengah berjalan menyusuri jalan di uptown tu maka terasa macam beberapa orang datang menghimpit himpit Mak seperti nak lalu Mak pun tak ambik pusing sangat sebab memang ramai giler manusia di uptown pada waktu tu jadi Mak terus je lah berjalan macam biasa.

Mak kemudian berhenti untuk memilih barangan untuk raya dan tiba tiba somi Mak perasan yang bag yang Mak pegang itu dah terbuka.. Mak terus check dan terkejut betul Mak bila dapati semua wang Mak hilangggggg!!!!!!! kosong!!!! masyaallah... memang mak tak perasan betul bilakah wang mak tu dicuri. Nasib baiklah malam tu Mak ambil keputusan untuk tak membawa IC dan telefon bimbit Mak.. Gerammm betul dibuatnya....