Salam kepada semua rakan rakan dan ahli mesyuarat tingkap Mak.. Tengah pasang langsir raya ke.. Tengah masukkan kuih dalam balang kuih ke atau tengah mentry baju raya hehe.. Almaklum la hari raya dah tak lama aje lagi kompom semua orang sedang buat persiapan terakhir kan.. Bagi Mak Dara tahun ni amatlah beserdehana dek kerana sibuk siapkan skrip drama dan juga busines hamper mak tu kan.. Namun petang tadi sempat juga Mak berbuka puasa bersama Ibu dan adik adik Mak di restoran Ayam Penyet di Wangsa Walk Mall..

Mak bersama family =)
Sedapp memang sedam ayam penyet kat situ.. Sambalnya tu perghhhhhhhh menggoda woooo... Tengah sedap sedap makan anak bongsu mak si Isabella tanya.. "Mama ini apa".. Mak jawab.. Ayam penyet.. terus dia jawab.. Ayam ni penyet ke mama.. Adoiiii terbahak bahak le kami sekeluarga melihat muka isabella yang kehairanan sambil mata tak lepas pandang ke arah ayam goreng penyet tu.. hehehe.. Macam macam budak sekarang ni kan semua pun nak tahu kan.. Mak dulu masa kecik kecik takde pulak banyak tanya.. apa aje yang Ibu Mak dara suap semua pakat telan aje takde tanya tanya hahaha