Thursday, August 25, 2011

Nak interview Mak Dara Untuk Majalah.... Wahhh Teruja..

Waduhhh macam tak percaya aje bila mak mendapat komen di blog Mak dara siang tadi.. nak tau komen apakah ia... cetengok dibawah ye.. =)


Fuhhh macam mimpi pun ada.. dah puas picit picit pipi sampai merah dah ni hehe.. Waaaa tak sangaka ada yang sudi nak interview Mak untuk dimasukkan ke dalam sebuah majalah yang amat berprestij seperti Majalah Nona tu... Terima kasih kepada puan Suziana kerana sudi nak interview Mak mengenai penglibatan Mak Dara dalam dunia BACKPACKING ni.. Ya memang mak ni kaki travel cara backpacking tak kira le dalam atau luar negeri memang sebati dah style backpacking ni dengan mak.. Mak Dara dah pegi Backpacking ke Thailand, ke Vietnam, ke Cambodia,Indonesia, Singapore, Jepun dan India dan tengah nak planing untuk backpacking ke New Zealand atau Australia pada hujung tahun ni..


Tapi ini belom kompom lagi sebab Mak belum lagi telefon puan Suziana untuk confirmkan everything.. Yelah sbb Mak baru aje bukak blog ni lepas seharian sibuk dengan persiapan raya hehe.. Apa apapun esok sebelum subuh mak akan hubunginya .. Doa doakan untuk Mak ye.. =)