Akhirnya setelah sekian lama skrip drama TUAH TERTIPU yang mak Dara tulis dan simpan telah pun ditayangkan di RTM 1 pada pukul 10 pagi tadi.. Waduhhh sayang sekali sebab Mak Dara terlepas untuk menonton drama hasil skrip tulisan mak tu dek kerana sibuk dengan persiapan raya.. Adessss sayanggggnya..
SINOPSIS TUAH TERTIPU (TV1)
Tuah bercita-cita mahu menjadi pelakon terkenal tetapi hanya ditawarkan sebagai pelakon tambahan untuk watak perompak. Namun berbagai peristiwa lucu terjadi sepanjang penggambaran tersebut hingga dia terperangkap di dalam kejadian rompakan sebenar hingga dikejar polis namun Tuah tetap menganggap bahawa apa yang berlaku itu merupakan sebahagian dari keperluan skrip. Pelakon yang telah menjayakan Ucup Cecupak, Yuwaisar, Maimon Talib, Enot
Drama ini telah diterbitkan dan diarahkan oleh pengarah terkenal En Jurey Latif Rosli.. Somi mak martias Ali pun ada berlakon jugak dalam drama ni.. Nak tengok.. Jap ye mak kasi tengok..
Hehehe ok tak lakonan somi Mak.. garangkan hehehe.. Hmmm walau apa apapun mak tetap larat kerana tak sempat menonton hasil kerja mak tu.. Harap harap nanti adalah ulang tayangnya nanti huhuhu