Wednesday, August 31, 2011

Saya Cintakan malaysia

Salam satu Malaysia.. Dalam kita meraikan hari lebaran Hari Raya Aidilfitri janganlah kita lupa untuk menyambut hari KEMERDEKAAN yang ke 54 pada hari ini... Mak baru aje ke blog Mia Liana dan mak berasa sungguh kagum dengan kesungguhan Mia menunjukkan rasa sayang dan cintanya pada negara.. Dari header ke seluruh background blog beliau diserikan dengan jalur gemilang..


Cayalah Mia.. Jom kita bersama Mia bersama sama kibarkan jalur gemilang di blog kita untuk sehari ini nak tak? Jika blog anda mempunyai entry mengenai hari Kemerdekaan, Header Jalur Gemilang atau apa apa sahaja yang bersangkutan dengan hari Kemerdekaan...Sila tinggalkan link anda di sini ya.. mak nak ajak semua ramai ramai pergi terjah ye =)

Jadi kita mulakan dengan blog Mia dahulu.. Jom ke blog beliau. Klik disini http://www.mialiana.com/

Selamat .. hait.. hari.. hait.. Raya.. hait.. Arigato..

Hehehe macam ada angin angin meroyan aje tajuk entry mak pada hari raya kedua ni kan.. Sebenarnya masa mak dok godek godek video video yang telah mak upload di Facebook dan youtube tiba tiba Mak terjumpa video lama yang mak rakamkan semasa Mak ke Jepun beberapa tahun lepas.. Video ni diambil semasa Mak ke Sapporro Jepun bersama suami mak.. Kami ke sana kerana filem pendek terbitan dan arahan suami mak telah mewakili Malaysia ke Saporro Short Film festival.. Nak nak pulak masa kami kesana tu pada bulan puasa jadi Mak teruslah rakamkan ucapan selamat hari raya di sana.. Nak tengok? klik je butang play di bawah ye


Haaa kelakor kan.. Video ni di ambil di Historical village Hokaido jepun.. memang sejuk sangat time ni tapi mak kaber line buat macam tak sejuk haha.. Ok mak nak sambung raya balik.. Selamat hari raya semuaaaaaaa....

WORDLESS WEDNESDAY # 10


Anak Anak Merdeka

Salam kepada semua rakan blogger Mak semua.. Macam mana dengan raya pertama anda .. Gumbira tak bersama keluarga berhari raya? Kenyang dengan juadah yang dihidangkan? Hehe mak dah full rasanya akan kenyang sampai ke pagi esok ni.. hehe

Namun dalam kita bergembira menyambut hari lebaran janganlah dilupakan pada hari kemerdekaan ye.. Sesungguhnya cuba bayangkan raya tanpa kemerdekaan kompom tak aman punyakan.. Maka Raya dan Merdeka saling sama penting nilainya jadi janganlah kita lupakannya ya.. 

Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka kepada anda semua.. MERDEKA MERDEKA MERDEKA!!!

Anak anak Mak dan anak anak saudara Mak  =)