Waduhhhhh semua orang teman teman dan sanak saudara beraya dalam kegembiraan tapi Mak beraya dalam kesakitan.. Yup semalam Mak alami kneecap sublaxtion (lutut keluar dari soket)... :(

Lutut Mak setelah masuk semula ke soket dan dibalut
Sakitnya tak payah nak cerita lah.. Bayangkan lutut boleh terkehel keluar mau satu row rumah jiran dengar mak menjerit semalam ..
Sebenarnya mak alami sakit ni semasa mak berumur 14 tahun lagi.. Masa tu Mak main bola jaring untuk state.. maka kalau dah masuk peringkat state tu tau tau ajelah cara pemainannya kasar.. Nak nak pulak mak dulu GD (gol defend) perghh selalulah jadi fokus untuk kena attact maka satu hari mak kena tepis sampai jatuh dan terus terkeluar lutut mak dari soket lutut mak tu.. lebih kurang macam kat gambor di bawah ni le ghopenye..

pic by google
Haa lebh kurang begitulah rupanya bila lutut mak terkeluar.. Ni ambil gambar kat google sebab gambar masa lutut mak keluar tak sempat ambik sebab tengah menjerit kesakitan hahaha.. Jadi semenjak dari kes tu mak dikeluarkan dari team state tu atas sebab kesihatan dan mak dinasihatkan tidak melakukan kerja kerja berat atau aktiviti berat. sedih betul mak dibuatnya. Pada umur mak 25 lutut mak yang sebelah lagi terkeluar dek kerana cuba menampung semasa lutut kaki kanan mak dari terkeluar.. Cuba bayangkan sakitnya tuhan saja yang tahu..
Sekarang Mak memang tak boleh buat sebarang aktiviti berat.. jadinya badan mak pulak yang bertambah tambah berat haha.. Hmm itulah kisahnya.. syukur alhamdullilah bengkak dilutut mak dah semakin ok sekarang.. Mak nak sambung rehat bagi cepat sembuh.. Doakan untuk mak ye...