Sunday, September 4, 2011

Hai... asyik komen status pasangan I saja.. status I tak nak komen??

Hahahaha.. Mak ada terbaca status ini di wall teman FB mak.. dari apa yang dibaca memang mak dapat tangkap apa maksud teman Mak tu tapi dek sebab sengaja nak menyakat dia di malam malam buta ni jadi mak pergi tanya dia kenapa.. jawapnya dia musykil dengan sorang minah ni.. asyik apa saja status atau apa saja aktiviti sang suaminya pastiiiiiii dalam sekelip mata si minah ni akan pegi komen.. Kalau satu dua takpe lah jugak.. Kalau dah hampir setiap status dikomen pada setiap hari... musykil juga rasa di hati.. 

Haaa itu biasalah tu.. Cemburu tandanya sayang kata mak pada teman mak tu hehe.. Teman mak balas balik.. Yang hairannya minah ni asyik komen wall suaminya aje status yang sibini ni update tak pulak nak dikomennya.. Hmmmmm tak tau lah mak nak cakap ape lagi pandai pandai le settle ye hehe.. 

Bagus jugak bila perkara ini terjadi. Sedikit sebanyak boleh juga dijadikan pengajaran pada mak dan juga pada kita semua.. Kalau buat sesuatu tu kena fikirkan semua pihak ye.. Jangan sampai disalah sangka dan menyebabkan salah faham kepada pihak pihak lain .. Apa pendapatan anda? errr pendapat anda?? hehe