Saturday, September 10, 2011

Ramai kanak kanak zaman sekarang tak tahu tentang kartun Smurff!

Smurff... Haaaa Smurff adalah antara kartun peberet Mak Dara time kecik kecik dulu.. Duluuu ada jugak berangan nak jadi macam smurfett hehe.. Boleh kata hari hari mak dara minta Ibu mak dara pakaikan dress putih sampai naik kusam baju tu dibuatnya sebab hari hari mak belasah pakai.. Nasib baik mak tak mintak Ibu mak warnakan rambut mak jadi blonde macam si Smurfette tu mau pening kepala Ibu mak dara time tu kan hehe


Maka bila keluar aje filem Smurff di pawagam mak dara tak mahu lepaskan peluang untuk pergi menonton. tapi apa yang berlaku memang mengejutkan mak Dara.. Anak anak Mak Dara tak kenal dan tak tahu apakah itu kartun Smurff.. Kata diorang kawan kawan diorang pun tak tahu apa itu Smurf.. Erkkk...Rupa rupanya kebanyakkan kanak kanak zaman sekarang tak kenal kartun SMUFF..  betul jugakkan.. Mana ada dimainkan lagi kartun Smurff di TV pada zaman sekarang. sekarang zaman kartun Spongebob. Setelah mak Dara story pada anak anak mak mereka pun terus teruja untuk menonton cerita Smurff buat pertama kali..

anak anak mak 

anak anak mak di dalam panggung wayang..

Dan apa yang mak dapat katakan tentang filem SMUFF ni adalah.. mengembalikan nostalgia semasa zaman kecil mak dulu.. memang bestttt sangat sangat.. jadi bagi yang belum berkesempatan menonton tu jangan ketinggalan ya rugiiiii...


Open house + Majlis Pertunangan + Open house = Mak Dara Montel

Haaaa faham tak dengan kira kira ala ala matematik Mak Dara kat atas tu. Hhehehe sebenarnya kalau nak tahu hari ni Mak Dara bakal menghadiri beberapa open house rakan Mak Dara dan juga satu majlis pertunangan.. Mak rasa mak tak kesorangan pasti ramai yang pegi open house hari ni kan.. Tengok status di FB pun berderet bercakap tentang open house.. Mak salah sorang le tu hehe..

Majlis pertunangan yang mak katakan tu adalah majlis pertunangan anak sulung teman somi mak dara iaitu anak kepada pengarah hebat Abang Yusof Kelana.. Yang bakal bertunang tu adalah anak sulungnya..