Sunday, September 11, 2011

Tolong Cadangkan Nama Pelakon Boleh?

As Salam.. Haaaa sekarang ni somi Mak Dara tengah gigih siapkan proposal sebuah drama karya terbarunya bertajuk ANAK.. Hmmm setelah siap sesuatu sinopsis sebuah drama kami sebagai penulis skrip harus meletakkan cadangan para pelakon untuk menjayakan drama itu.. bab bab nama nama watak dalam sebuah drama selalunya Mak dan somi mak letak nama nama ahli keluarga dan rakan rakan terdekat kami.. Terbaru mak suka letak nama bloggers dalam skrip drama mak hehe.. Tapi hari ni somi mak tanya pada mak untuk beri cadangan pelakon pulak.. Haaaa entah kenapa hari ni blur betul mak.. Habis lupa nama pelakon ...


ANAK

Jadi.. Mak nak minta tolong pada anda anada semua sikit boleh... boleh tolong cadangkan siapa nama pelakon yang sesuai utk bawa watak Ibu dan ayah . Berumur lingkungan 30an dan serasi utk jadi pasangan suami isteri dalam sebuah drama.. cadangan please..

Anak Anakku.. Syurgaku..

Semua orang sibuk dengan kerjaya masing masing.. Semua orang mengejar cita dan impian namun pada yang telah berkeluarga tu dan lebih lebih lagi yang telah punya anak janganlah sesekali mengabaikan mereka.. sesibuk mana pun kita namun haruslah diluangkan masa bersama anak anak..Walaweiii adess dah rupa rancangan semanis kurma pulak.. Manis tak kurma itew... hehehehehe 

Bagi mak keempat empat anak mak iaitu Adza Danial Haiqal, Adza Danina Kirana, Adza Kasih Safea dan Adza Isabella umpama syurga dan nyawa mak.. Walaupun mak agak sibuk dengan kerja mak menulis skrip namun setiap kelapangan yang mak ada pasti mak dan somi mak akan meluangkan masa kami bersama mereka.. Semalam mak dan somi membawa mereka jalan jalan.. Mula mula tengok wayang Smurff lepas habis aje menonton anak anak mak terus ajak ke tempat peberet mereka.. kemana lagi kalau bukan ke taman permainan hehe

Adza Isabella


Adza Kasih Safea & Adza Isabella

 Adza Kasih Safea 

Adza Danial Haiqal





dah letih.. kita minum dulu... hehe

Adza Danina Kirana



anak anak Mak Dara..

Hmmm anak anak yang sakan main mak bapak pun naik letih.. Letih dok kejar diorang kesana sini dalam playground tu hahaha... untuk anak anak Mama.. Mama sayanggggg korang hingga hujung nyawa....


Yusof Kelana Terima Menantu

Semalam 10hb September 2011 maka berlangsunglah majlis pertunangan anak sulung perempuan pengarah hebat dan juga teman rapat somi mak iaitu Abang Yusof kelana bersama pilihan hatinya.. Suami dan Mak Dara turut dijemput untuk menghadirkan diri ke majlis tu..  Saat tiba di perkarangan rumah Abang Yusof kelihatan Dato Yusof Haslam dan beberapa lagi jemputan sedang berbual. Wahhh ada dua buah khemah.. Macam majlis akad dah ni detik hati Mak.. Ya memang meriah sangat...  Selain Dato Yusof Haslam, Faizal Hussein, Man Maharajalawak, Serina Redzuan dan ramai lagi artis yang turut hadir.. Meh mak Dara nak share gambar gambar di majlis pertunangan anak Abang Yusof tu jom layanzzzz

khemah di hadapan rumah Abang YK

Mak depan rumah Abg YK

Mak bersama Abg YK

Ketibaan rombongan dari pihak lelaki 


hantaran dari kedua dua pihak


Mak Dara bersama bakal pengantin


mak Dara bersama Serina redzuan

Somi mak bersama Abang YK

Haaaa hebatkan.. Macam majlis akad nikah dah kan.. Tengok hantarannya pun mak dah kagum. Syukur alhamdullilah majlis berjalan lancar.. Selamat bertunang dan selamat menerima menantu untuk Anak dan juga Abang Yusof Kelana.. Tak sabar pula Mak nak ke majlis perkahwinan tu nanti...


Apa Berlaku Bila Pulang dari Open House

Open House.. Rumah terbuka.. Yaa pastinya ramai yang pergi menghadiri open house hari ni.. Percaya tak..jalan pun jam sana dan sini dek penangan open house ni.. percayalah sebab mak dara pun antara mereka yang stuck kat jam petang tadi bila mahu ke rumah adik ipar Mak di Sungai Buluh.. Maka apa yang berlaku tatkala anda pulang dari open house..

+
=

haaaaa jawapannya ialah...  kompom TIDUR punyalah kan.. Hmmmmm... tapi jangan sampai ada yang tertidur atas makanan di rumah terbuka tu sudah la ye..  hehehehehe