Ramai yang dah tahu atau yang belum tahu yang ibu Mak dara telah dimasukkan di wad di hospital HUKM kerana sakit dibahagian kakinya.. Setelah diperiksa dan membuat x ray doktor mengesahkan bahawa terdapat nanah di bahagian kaki Ibu mak Dara itu namun syukur kerana keadaan masih dalam terkawal dan membuat keputusan untuk membuat pembedahan membuang nanah itu sebelum ia merebak keseluruh kaki Ibu mak dara tu.. Ini antara kes dan simptom pesakit kencing manis.. Syukur alhamdullilah masih dalam di stage awal kata doktor jika dibiarkan tanpa rawatan dikhuatiri terpaksa dipotong.. Syukur alhamdullilah...
Keadaan agak panik juga tengah hari tadi bila waktu melawat dibuka namun bila kami sekeluarga masuk namun Ibu mak dara tiada di katilnya.. Kami dimaklumkan oleh nurse yang bertugas bahawa Ibu mak Dara telah dibawa ke bilik bedah. Hairan juga kami kerana mengikut kata doktor bahawa mereka akan membuat pembedahan keatas ibu mak dara malam semalam. namun nurse menerangkan bahawa mereka terpaksa menunggu kandungan gula dalam badan ibu turun dahulu baru mereka akan menjalankan pembedahan itu.. Maka kami semua terus turun ketingkat bawah dan menunggu dihadapan bilik bedah.. Setelah lebih setengah jam masa berlalu tiba tiba pintu bilik dibuka dan kelihatan ibu mak Dara dibawa keluar..


Syukur alhamdullilah pembedahan itu berjalan lancar. Ibu Mak Dara sempat melemparkan senyuman kepada kami namun kami tetap risau sebab badan Ibu menggigil dengan teruk sekali. Bila ditanya nurse kata memang keadaan di dalam bilik bedah amat sejuk bagi membasmi kuman ini kerana kuman susah untuk hidup dalam keadaan sejuk.. ohh baru kami faham.. lalu Ibu mak dara pun di bawa ke wadnya semula..

Di wad nurse terkejut apabila mendapati bahawa Ibu mak dara demam yang agak panas maka terus diberikan ubat.. Dan kami semua diminta untuk menunggu diluar kerana doktor mahu memeriksa ibu.. Sayangnya waktu melawat telah tamat maka kami terpaksa beredar dari situ. Namun kami merasa lega bila doktor berkata bahawa tiada apa yang perlu kami risaukan kerana Ibu mak Dara akan diberi perhatian sebaiknya oleh nurse dan doktor yang merawatnya.. Syukurlah semua nurse dan doktor disana sangat baik dan friendly.. Kami akan melawat lagi ibu esok.. Mudah mudahan Ibu semakin sihat dan boleh segera pulang....