Thursday, September 15, 2011

Siapa nak menonton LIBAS?

Sana sini orang berkata tentang LIBAS.. Sana LIBAS situ LIBAS.. Ada yang tahu apa LIBAS tu ada yang tidak.. Haaa Meh Mak Dara nak habaq mai apa itu libas.. LIBAS tu adalah sebuah FILEM aksi komikal yang dilakonkan oleh barisan pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Schya Al Yahya, Johan, Adam Corrie, Zek Zambri,Yus Waizar dan ramai lagi. Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 29hb September depan...


Seramai hampir 200 jemputan dari pihak media massa, artis, selebriti,VIP, VVIP dan para bloggers telah dijemput untuk menonton preview filem LIBAS ini pada 14hb September 2011 yang lalu.. Anda tak nak menonton ke filem ni.. Rugi kalau tak tengok.. Memang lain dari yang lain.. Ada nak tengok free? Haa meh Mak Dara bagitau cara caranya ya.. 
Ok dalam sehari dua lagi Mak Dara akan adakan LIBAS THE CONTEST. Tiket wayang akan diberikan kepada anda jika anda memenangi contest ini nanti. Jangan risau tak susah pun untuk sertainya. Simple dan sesimple habis punya.. So tunggggggguuuuuu ...

Cerita Mak Dara, Ujang, Yana Dan Libas..

Perghhhhh macam tajuk drama pun ada kan hehe.. Sebelum tu Mak nak mintak maaf la pada Ujang dan Yana jika tersedak sebab Mak menyebut nyebut dan menulis nama mereka dalam entry mak ni hehehe...

Al kisahnya semalam merupakan privew filem LIBAS di TGV Wangsa Walk Mall. Skrip filem ni hasil skrip somi mak Martias Ali maka kami kesana pun dengan agak nebes.. Ye lah skrip filem pertama bakal ditayangkan.. Resah untuk melihat dan mendengar komen para yang hadir.. Nak nak pulak ramai pulak yang datang sehingga pihak penerbit membuka 3 buah panggung untuk preview filem ini.. Tup tup mata Mak terpandang satu pasangan yang sweet di satu sudut.. Macam pernah ku lihat mereka ini. Ya sangkaan mak benar belaka. Memang itu adalah Ujang dan Yana.. Apa lagi terus le Mak terjah...

Bila bertemu aje terus mak tanyakan pasal baby dan kandungan Yana tu.. Wahhh muka yana memang berseri seri je malam tu.. Seri pembawa budak ni memang lain sikit.. Memang nampak ayuuuuu sangat... Tengah tengah bersembang mak ingat satu perkara. Dulu mak pernah bertemu diorang di majlis WWWOW DiGi Award tapi time tu mak segan shy shy cat orang putih kata untuk tangkap gambor dengan blogger hebak lagi terkenal ni.. Maka malam tu tanpa membuang masa Mak terus minta untuk ambik gambar..

Sesi terjahan mak dara hehehe

Haaa tercapai juga niat mak dara tu. Tapi sayangnya mak tak sempat untuk berbual panjang bersama Ujang dan yana dek kerana somi mak yang agak sibuk bertemu semua teman dan para yang hadiri.. Harap harap dapat lagi berjumpa dan bertemu dan berborak dengan pasangan dua sejoli ni nanti insyaallah..

Untuk Yana dan Ujang terima kasih atas review LIBAS tu.. Really appreciate it.. Nanti akak akan berikan link itu pada Abang Martias dan director filem ni ya.. Semoga kita dapat jumpa lagi.. Tahniah atas kemenangan Ujang di Hot FM dan juga tahniah kerana bakal bergelar ibu dan ayah ya... =)

Habis sederettttt demam

Adessssss Bukan sorang.. bukan juga dua orang tapi tiga orang anak anak Mak Dara termasuk anak buah yang demam.. Nak tengok pesakit pesakit demam kejap mak kasi upload..



Haaaa kan sederettttt tu... Dari kiri tu anak anak buah Mak Dara Tengku Adza Nadhirah, Adza Zara, Adza Isabella(anak), Adza Kasih(anak) dan Tengku Adza Nabiela (anak buah).. Haa itulah jadi bila semua dah berkumpul ramai ramai ni.. Sorang sakit kompom semua akan sakit.. Tapi yang sebenarnya yang sakit cuma bertiga yang dua orang lagi anak buah Mak tu tiba tiba pun dah rasa macam tak sedap badan maka satu rombongan le ke klinik. Ni lepas dah makan ubat semua dah jadi lalok kejap lagi kompom tido lah tu.

Semoga semua cepat sembuh nanti bolehlah melawat nenek (ibu Mak Dara) yang masih berada di hospital HUKM tu..

Happy Birthday Untuk Adikku yang manis Adza Rina....


HAPPY BIRTHDAY TO YOU
YOU ARE BORN IN THE ZOO
WITH MONKEY AND KANGGAROO
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.....

Hari ini 15hb September adalah hari ulang tahun kelahiran adik mak Dara iaiatu ADZA RINAWATI.. Rina merupakan adik dan anak yang sangat sangat bertanggungjawab dan amat sayang pada family dan paling taat. Dia akan mendahulukan keluar dalam apa juapun..Macam moto negara kita jugak lah.. Negara didahulukan hehehehe.. 

adik2 Mak Dara Adza Rina dan Adza Edie

cukop korum kami 6 beradik.. siap beratur ikut dr sulong hingga ke bongsu
dr kiri- Adza Yanie, Adza Irda(makdara), Adza Tuty, Adza Rina,Adza Edie & Adza Emie

Happy Birthdayyyyyy Rina.... May all your birthday wish comes true.. Semoga cepat mendapat jodoh ya hehehe.. Luvsssssssssssssss you so much.. Shyyyy... dont tell others.. You are my favvvvvv sister heheheheehe..

Preview Filem LIBAS mendapat sambutan yang amat luar biasa..

As salam kepada semua blogger yang belum lagi nak tido macam mak ni hehe.. mak ni baru sahaja pulang dari menonton preview Filem LIBAS di TGV Wangsa Walk Mall sebentar tadi bersama somi Mak Martias Ali.. namun kali ni kelainannya amat terasa kerana kali ni kami tak pergi menonton filem orang tapi menonton sebuah filem hasil skrip oleh somi Mak Dara.. Maka nebesnya agak lain macam sikit... Sesampainya di sana kami merasa amat terkejut.. Begitu ramai yang datang untuk menonton preview filem LIBAS ini.. Sambutannya amat luar biasa!!!!!!

Kelihatan ramai artis artis ternama termasuk Abang Rosyam Nor, Schya Al Yahya, Johan, Dato Yusof Haslam dan ramai lagi celebriti yang hadir. Tidak ketinggalan ramai rakan blogger yang turut memeriahkan suasana seperti Ujang, Yana dan juga blogger terkenal dan hebat Budiey. Ramai rakan wartawan juga hadir seperti Melodi dan ramai lagi.. Meriah jadinya Wangsa Walk Mall malam tadi...





Mak Dara dan Balkish Semundur Khan

Somi mak di dwpan poster filemnya.. Sooo proud of you yang..

Haaaa tengok tu.. ramaiii kan... Tetamu yang hadir juga telah dihidangkan dengan makanan yang sedap sedap sebelum bermulanya preview filem ini.. Begitulah prihatinnya pihak penerbit filem terhadap semua jemputannya.. Mak Dara difahamkan bukan satu panggung mahupun 2 panggung yang menayangkan preview filem LIBAS ini . Dek kerana sambutan yang luar biasa maka 3 panggung telah menayangkan filem ini. Ramai sungguh yang hadir kan . Syukur alhamdulliah...

Oklah ini saja cerita untuk malam ni.. Esok mak kasi update lagi ya.. Nantikan sambungannya esok..