Friday, September 16, 2011

Sambut Birthday Dalam Hospital

As salammualaikum kepada semua .. Haa hari ni dan tarikh ini 16hb September merupakan tarikh keramat tarikh penting juga pada semua rakyat Malaysia iaitu tarikh HARI MALAYSIA.. Namun tarikh ini amat bermakna dalam keluarga Mak Dara sendiri bukan kerana Hari Malaysia tetapi kerana ia juga merupakan tarikh hali lahir dua orang anak Mak Dara iaitu Adza Danial Haiqal(13thn) dan Adza Danina Kirana(10thn).. Yaaa Mak telah lahirkan kedua dua anak mak tu pada tarikh yang sama cuma tahun je lain lain hehe.. Kata kawan, mak ni terror haha tapi bagi mak ini semua satu kebetulan dan kebetulan yang amatttt le best sekali.. Mau tak best dah le abang dan adik sama tarikh lahir.. sama pulak dengan Hari Malaysia dah tu tiap kali harijadi diorang adalah cuti umum.. Gilaa tak bestt.. kompom best kan hehehe... Cuma yang tak bestnya tahun ni Ibu Mak Dara tidak dapat menyambut harijadi cucunya ni bersama dek kerana berada di Hospital. Kalau tak Ibu Mak Daralah yang akan sibuk sekali memasak semua hidangan di Birthday Party semua cucu cucunya ni.. 

Terharu dan sedih juga bila mak dara dengar jawapan dari anak anak Mak tentang apakah hadiah yang mereka nak pada harijadi mereka pada tahun ni.. Mereka berdua jawab nak celebrate dengan Tok di hospital.. Perhhhh sayu beb dengar jawapan mereka tu.. Lebih syahdu dari masa memohon maaf di pagi raya haritu.. Jadi Mak dan somi mak tunaikan permintaan kedua dua mereka..

Ibu Mak Dara sedang dirawat petang tadi

dari kiri Adza Danina Kirana, Ibu Mak Dara & Adza Danial Haiqal

 
kesemua anak anak Mak Dara bersama Ibu Mak Dara
Seronok betul bila Mak Dara melihat riaksi Ibu bila dapat bersama cucu cucunya tu.. Yang bestt tu dia siap tanya mana kek birthday depa.. Mak terus le jawap.. Mana boleh bawak mai sini mak oi.. Kat sini semua pesakit kencing manis takut depa terlioq tengok kek" hehehehehe. 

Apa apapun sambut harijadi di hospital atau dimana sekalipun tak kesah asalkan kita dapat bersama yang tersayang.. betul tak.. Harap harap Ibu Mak Dara dapat pulang kerumah pada minggu depan amin.. Dan kepada anak anak Mak Dara Nina & Carl.. Mama luvss you guys so muchhh..Happy Birthdayyyy!!

Membeli sambil beramal

Bertempat di NSTP Jalan Riong Bangsar pada Sabtu 17hb September 2011 ni (esok) teman saya blogger BALQIS NAZID bersama-sama sahabat Kembara Ukhwah ke Utara (KUKU) akan mengadakan jualan amal bagi membantu Suami Puan Ramlah yang mengidap  masalah hati yang kritikal dan perlu diganti dengan segera.RM 150,000 diperlukan bagi tujuan ini dan jumlah ini bukan lah sedikit. Balqis bersama-sama pihak Harian Metro dan beberapa selebriti akan mengadakan jualan amal ini.Kisah Puan Ramlah dan suaminya di Harian Metro Puan Ramlah

Untuk KUKU kami akan menjual novel-novel dari penulis terkenal Norhayati Berahim. Yang mana sebahagian dari hasil jualan ini akan didermakan kepada Puan Ramlah.Novel-novel dan majalah terpakai melayu/enggeris juga ada dijual. Baju-baju terpakai dewasa dan kanak-kanak dengan berbagai jenama
(yang masih dalam keadaan baru dan ada yang masih baru dan belum digunakan) akan dijual dengan harga yang amat berpatutan.Bagi mereka yang keletihan dan kelesuan muka kami ada penawarnya..Refreshing facial yang akan dibuat sendiri oleh saya dengan harga yang sangat menarik RM 20 sahaja.Menarik kan..???
 
Selain itu GPS dan Al-Quran Ipad turut dijual.Bagi mereka yang berminat mendapatkan  GPS dan Al-Quran Ipad dengan harga yang amat berpatutan. Dijemput datang beramai-ramai. Antara beberapa selebriti yang terlibat ialah Along Raja lawak & Didie Alias sebagai hos, Pelakon popular Shaheizy sam, Intan ladyna, Deja Moss, Eja, Farah Fauzana, Aznil Hj Nawawi, Azlan Typewriter, Catriona Ross, Ani Mayuni, Ana Rafali, Lyana Samsudin, Juliana Ibrahim, Aizat, Fauziah Ghaouse dan beberapa artis lagi.
 
Saya dengan rendah diri menjemput semua sahabat-sahabat datang ke majlis amal ini agar dapat membantu Puan Ramlah dan suaminya. Seringgit mungkin tiada makna bagi kita, tapi sangat besar bagi yang memerlukannya...Mudah-mudahan jariah kita sedikit sebanyak dapat membantu kita disana kelak..
Amin..amin..amin...

KUKU pernah ke Utara sebelum ini Teratak Rahmat - Perlis & Ummu Sofia - Perak
Cerita KUKU ke Utara juga ada disiarkan di Harian Metro KUKU di Harian Metro

Mari hilangkan keletihan dan kelesuan pada wajah anda. 

Murah-murah

Saya dengan rendah diri menjemput semua sahabat-sahabat datang ke majlis amal ini agar dapat membantu Puan Ramlah dan suaminya. Seringgit mungkin tiada makna bagi kita, tapi sangat besar bagi yang memerlukannya...Mudah-mudahan jariah kita sedikit sebanyak dapat membantu kita disana kelak.. Amin..amin..amin...
 
Akhir sekali ribuan terima kasih Mak Dara ucapkan kepada Balqis kerana sudi share info tentang event ini.. Untuk keterangan yang lebih lanjut boleh terus ke blog Balqis @ http://balqisnazid.blogspot.com/2011/09/membeli-sambil-beramal.html

Tolak Ketepi fahaman politik masing masing dan mari menyambut HARI MALAYSIA bersama..

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Haaa jangan pula ada yang salah sangka.. Tidak.. ini bukan entry mengenai politik... Ini cuma luahan perasaan Mak Dara semata mata.. Apa yang Mak Dara rasa dan nampak. Seronok bila mak melihat rata ratanya di facebook status dan gambar gambar rakyat Malaysia sambut HARI MALAYSIA.. Rakyat Malaysia bersatu bagi menyambut hari yang amat bermakna ini.. Ini lah semangat yang kita mahu. Tolak ketepi sebentar fahaman atau ketidakfahaman politik kita masing masing dan mari menyambut HARI MALAYSIA bersama sama.. Sayangilah Malaysia tanah tumpah negara kita..



Seronoknya bila hari jadi sama dengan tarikh Hari Malaysia

As Salam kepada semua.. Seronokkan bila hari jadi adik beradik atau pasangan jatuh pada tarikh yang sama.. Ya itulah yang berlaku dalam keluarga Mak Dara dimana Anak sulong Mak dan anak kedua mak dilahirkan pada tarikh yang sama namun ditahun yang berlainan.. Meh Mak nak story sikit.. Once upon a time.. hehe yoyo oo je kan mak ni ..

Pada 16hb September 1998 Mak Dara telah selamat melahirkan anak sulong Mak iaitu Adza Danial Haiqal di Klinik Sejahtera Specialist Kulim Kedah... 
 
Pada 16hb September 2001 Mak Dara telah melahirkan anak kedua Mak iaitu Adza Danina Kirana di Klinik Subang Specialist Selangor.


Dan lebih meriah bila kedua dua tarikh harijadi anak anak mak tu jatuh pada tarikh HARI MALAYSIA.. Perghhh macam triple celebration lah jadinya. Dan bertambah bestttt bila setiap kali harijadi mereka adalah cuti umum... Memang bestttt sangat.. 

Disini Mama nak ucapkan selamat harijadi kepada Carl & Nina.. May all ur birthday wish comes true.. Lob\ve both of you more than anything.. Jadilah anak yang soleh dan solehah dan semoga berjaya di dunia dan akhirat insyaallah... amin.....