Sunday, September 18, 2011

Mak Dara di Rumah Terbuka Dato Yusof Haslam

As Salam kepada semua teman.. Apa bikin di hujung hujung minggu ni? Mak Dara apa lagi ke Hospital melawat ibu lah jawapnya.. Tapi Mak nak cerita apa aktiviti mak malam semalam.. Semalam Mak dan keluarga ke rumah terbuka Dato Yusof Haslam.. Setibanya kami di sana terkejut jugak Mak Dara dibuatnya.. Terkejut melihat kereta yang banyak parking.. Terkejut melihat terlalu banyakkan tetamu dan banyakkan khemah yang telah di pasang.. Dah tak rupa open house dah macam kenduri kahwin aje meriahnya.. Sungguh hebat....

Ramai artis artis, wartawan, pelakon dan juga orang orang belakang tabir macam mak dara dan somi di majlis itu. Memang meriahhhhh sangat... Siap ada band lagi.. Dah tu ramai artis dan penyanyi yang menyumbangkan lagu lagu terasa macam di konsert pun ada..

anak mak dara Adza Isabella & Faizal Hussein dan family

Mak Dara tengah berbual bersama teman Mak Iera
(isteri kepada pelakon Zazly )

Somi dan anak

khemah khemah untuk buffet

Isabella, Somi dan Zazly

mak dara dan Isabella di hadapan rumah dato Yusof Haslam

Perghhhh apa yang dapat mak dara katakan tentang majlis rumah terbuka dato adalah "WOWWW!!" memang meriah dan terbaik... Itu belum bab rumah Dato lagi tu.. Perghhh terpegun Mak Dara melihat ke arah kolam renang, court badminton dan banyak lagi.. Memang hebattt.. Apa apapun terima kasih kepada Dato dan datin kerana sudi menjemput somi dan mak ke majlis yang gemilang itu.. =)

Kenapa Suka Nak Mengayat Pasangan Orang

Haaaaa tengah tengah malam sojuk ni Mak nak buat satu entry yang agak panasss sikit ... Ini tak lain dan tak bukan kes facebook le dan yang terjadi pada teman Mak Dara sendiri.. Fuhhh kalau kau baca ni "E" be strong bro.. 

Ok ni kes comment mengcomment di wall fb.. Boleh kata hampir setiap hari ada saja lah si hamba allah ni menulis sesuatu di wall pasangan teman mak dara ni.. Perkara biasa anda kata.. Ya memang perkara biasa.. Tapi kalau apa yang ditulis tu berbaur seperti mengayat.. adakah itu perkara biasa.. Kalau sekali dua aje ok lah kot.. tapi kalau hari hari.. tak terbakor hati pasangannya tu. Kalau mak sendiri pun kompom menyirap darah punya... Hairan betullah mak.. Kenapa Suka Nak Mengayat Pasangan Orang.. Sedangkan wall pasangannya sendiri takde pun dia nak tulis apa apa.. Hmmm...

Apa yang berlaku seterusnya tak mahulah Mak tuliskan disini.. Tapi apa yang Mak Dara nak sampaikan ialah.... Jagalah BATASAN.. Tak kiralah batasan sebagai seorang suami, batasan sebagai seorang isteri.. batasan sebagai GF/BF batasan padi sawah ke tak kira apa jua batasannya.. Jagalah.. Jangan sampai ada hati yang terluka.. Berfikir sebelum bertindak.. Wahhh dah macam rancangan semanis kurma.. Manis kah kurma itew hehehe... 

Hmmm ok ni entry autopublish sebab esok Mak nak ke Hospital HUKM untuk melawat Ibu Mak Dara di sana.. Hari ni balutan di kakinya akan dibuka setelah 3 hari menjalani pembedahan.. Harap harap dapat bawak Ibu pulang hari ni.. miss her soo muchhh.. Selamat berhujung minggu semua... Untuk "E" banyakkan bersabar pasti ada hikmah disebaliknya insyaallah..