Wahhhh gerammm betul mak hari ni.. Kenapa.. Meh mak nak story mory.. Benda ni dah lama berlaku tapi Mak Dara tak ambil serius sangat. Kisah anak kedua Mak Dara Adza Danina yang bersekolah di Sek Ren Keb taman Permata. Nina ni bersekolah di darjah empat dan berada di kelas agak bagus.. syukur alhamdulilah.. Dah hampir berbulan bulan Nina asyik beritahu yang dia sering dibuli dalam kelas oleh penolong ketua darjahnya.. Budak pompuan sorang ni memang hari hari akan kenakan dia.. Tapi Mak tak de nak marah ataupun nak ambik tindakan. Biasalah kalau budak budak kan mesti ada salah faham.. Jadi Mak nasihatkan Nina supaya jangan dilayan ataupun beritahu hal ni pada gurunya.. Tapi sejak dua menjak ni menjadi jadi pulak budak ni membuli dan menyakat anak Mak.. Siap dipanggilnya anak mak ni Lembulah.. bodohlah dan macam macam lagi.. Namun mak tetap suruh Nina bersabar..

Tapi yang membuat darah mak menyirap bila tadi Nina datang dan meminta mak dara pergi ke sekolahnya esok.. Bila mak dara tanya kenapa. Katanya dia dah tak tahan kena buli lagi dengan Ismah tu.. Nina nak tukar kelas.. Masuk kelas tak pandai pun tak apalah... Masyaallah.. kesiannya anak aku ni.. Sampai sanggup untuk masuk ke kelas dibawah hanya untuk mengelak dari dibuli.. Ni memang mencabar kesabaran ku ni..
Besok jugak mak akan ke sekolah Nina dan bertemu dengan guru dan kalau boleh minta guru panggilkan ibubapa budak tu sekali. Benda ni tak boleh dilengah lengahkan.. Bila bab pelajaran tiada kompromi bagi mak.. Pelajaran lah yang akan membentuk masa depan anak anak kita.. Takkan kerana seorang kaki buli membuatkan anak mak nak abaikan pelajaran atau hilang minatnya untuk belajar.. Mudah mudahan perkara ini dapat diselesaikan segera dan semoga Nina dapat tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya amin...