Wednesday, September 21, 2011

Kalau binatang ada facebook

Tergelak besar masa mak dara membaca status di facebook teman mak dara ni.. Teman mak dara ni memang suka betul update status yang gila gila.. Tapi malam ni paling best dan mak rasa nak share dengan uols Entah le dari mana dia dapat pun entah.. tapi memang kelakar gila.. Tak percaya cubalah baca...


Kalau binatang ada facebook, agak-agak apa status mereka?

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…

CICAK : isteriku tersepit pintu!

KUCING BETINA: “Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

BABI : Aku bengang btol la...die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang
disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw...tension..!!

ITIK:Fulamak! Rupanya ada nama makanan sempena taik aku! Sedap ke??

IKAN.. malasnya nak mandi pagi ni.. sejuk


KAMBING: Hari ini dalam sejarah....Aku mandi wei!!



Hehehe memang kelakor gila kan hehehehe

Bagaimana Jika Ini Entry Terakhir Dari Ku..

Jodoh .. Ajal .. Maut.. ditangan tuhan..

Bagaimana jika ini adalah entry terakhir dari ku..
Bagaimana jika setelah menulis entry ini kemudian aku dijemput oleh Ilahi..
Bagaimana jika entry terakhir ku ini menulis tentang aib orang..
Bagaimana jika entry terakhir ku ini menghina seseorang..
Bagaimana jika entry terakhir ku ini bisa melukakan hati mereka dan keluarga mereka..
Bagaimanakah...

Apakah itu yang aku mahu orang mengenali diriku..
Adakah aku mahu orang mengingati ku dengan tulisan cacian dan makian ku
Mahukah aku dikenali sebagai orang yang suka menjatuhkan maruah orang
Mahukah..

Dapatkah mereka terima apa yang ku nyatakan
Dapatkah mereka lupakan apa yang telah ku tuliskan tentang mereka
Mahukah mereka memaafkan ku......

Bagaimana Jika Ini Entry Terakhir Dari Ku..


renung renungkanlah.......

Semakin Pening Dengan Facebook!

Uik ada aplikasi baru lagi? Waduhhhh rasanya baru je hari tu ada new feature yang telah dibuat oleh facebook. tup tup hari ni ada lagi.. Mak aiiii.. Yang haritu punya aplikasi baru pun mak sedang nak sesuaikan diri ni belum nak mahir mari lagi yang baru...


Haaaa ambikkkk.. Sampai penuh satu skrin.. dah tak tahu nak tengok yang mana satu lagi dah.. kiri kanan atas bawah penuhhhhh. Naik juling mata Mak tengoknyer.. Mungkin bagi anak anak muda ok lah kot.. Bagi mak yang kertu ni boleh naik pening dibuatnya huhuhu.. 

Tapi rasanya ini mula mula saja.. Bila dah lama lama dan dah terbiasa ok lah tu.. Betul jugak kata kawan mak di fb ni yang tertulis di statusnya "FB ni si Mark tu yang punya, ikut suka dialah nak buat apa".. kannn hahahaha


Sudah sudahlah anyam ketupat.. Raya dah habis..

Raya dah 21 hari berlalu tapi masih ada lagi yang sakan anyam "ketupat".. Bagi mak.. sudah sudahlah menyanyam ketupat tu.. raya dah habis.. Penat aje memohon ampun dan maaf  dan berjanji takkan mengulanginya lagi .  Tapi apa gunanya bila dah sampai ke penghujung raya buat balik perkara sama.. Mungkin apa yang telah kita buat telah pun dimaafkan.. Bagaimana pula kesalahan yang kita sedang buat kini.. Mungkin boleh memohon maaf lagi di raya tahun hadapan.. Itu kalau sempat..Tapi kalau tak sempat bagaimana?  

pic by Google 

Hmmm emo betul Mak hari ni kan.. Ada sapa buat open house? Nak terjah dan nak makan ketupat banyak banyak sama rendang kasi turun sikit emo mak ni haha

Serius.. Memang tak boleh stop lah...

Dari semalam sampai pagi ni sampai naik lebam mata Mak dibuatnya.. Serius... Memang tak boleh stop la.. Lama lama boleh jadi ketagih dengan benda ni.. Benda apa? haaa benda ni lah yang buat mak tak boleh tidor....





Haaaa benda DOODLE ni lah yang punya keje.. Semalam try memang tak berapa menjadi. Lepas tu tak puas hati bikin dan bikin dan bikin lagi sampai jadi macam kat atas tu.. Ok ke korang rasa? Mudah mudahan doodle yang Mak tempah dari blogger Dil cepat siap.. Dah demam doodle dah Mak sekarang ni.. Hahahaha mengalahkan budak budak.. =p