Berbakat.. memang berbakat betul Blogger ini.. Siapa? Orang yang Mak maksudkan ialah adik Myra Vea.

Adik Myra ni memang berbakat dalam membuat banner, header dan doodle.. mak memang dah lama mencari orang untuk mak tempah banner dan mak terjumpa blog Myra.. Mak teruslah mesej di facebooknya dan disana mak beritahu apa yang mak nak dalam banner mak tu..
Cuba bayangkan baru semalam buat tempahan.. hari ni dah siap!!! Myra buat dua design untuk Mak dan mak pilih design yang kedua.. Cute sangat sangat dan memang mak suka bebenor.. Tapi mak tak mahu pasang dulu banner tu di blog mak ni ataupun reveal kan di entry ni kerana mak masih lagi menunggu myra memberikan mak nombor akaunnya supaya dapat mak dapat membuat pembayaran.. Bila dah bayor je dengan sepantas kilat mak akan kasi up dan pasang banner tu.. Soo tunggu ya.. pada sesiapa yang nak menempah banner, header ataupun doodle boleh lah ke blog Myra @ http://myravea.blogspot.com/

