As Salam kepada semua teman.. pada beberapa hari yang lalu mak dara dan suami Martias Ali telah menghadiri masyuarat EGM
Persatuan Penulis Skrin Malaysia atau nama singkatannya SWAM yang bertempat di PWTC. Maka ramailah penulis penulis skrip drama dan filem datang ke mesyuarat persatuan kami itu.
Mak Dara baru selesai mendaftarkan diri.
Setelah mendaftarkan diri dapat pulak tag "AHLI" dan terus mak pakaikan di baju. Ini kerana terdapat juga tag untuk pemerhati dan wartawan dan juga jemputan. Maka tak lama selepas itu mesyuarat pun dimulakan.
Para penulis skrip drama dan filem yang hadir
Sedang mesyuarat tapi sempat posing lg tu haha
Sedang rancak bermesyuarat tiba tiba 4 jawatan kosong telah dibentangkan dalam mesyuarat itu. Dan tiba tiba mak dan somi terkejut kerana somi mak dara telah dicalonkan untuk memegang jawatan pemangku timbalan president. Walaupun pada mulanya somi mak agak ragu ragu untuk menerima jawatan itu namun setelah melihat ramai yang menyokongnya jadi dia menerima jawatan itu dan berjanji akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk persatuan itu insyaallah.
somi mak dara( 2 dari kanan) setelah menjadi
pemangku naib president SWAM
Somi mak dara (berbaju putih) tengah
Dato Yusof Haslam antara Ahli yang hadir
Setelah selesai sudah mesyuarat
Tahniah Mak ucapkan pada somi mak Martias Ali dan kepada En Jamil Mutalib kerana telah dilantik sebagai President SWAM semoga dapat menerajui SWAM dengan jayanya insyaallah...