Tuesday, September 27, 2011

Jom Kenali Blog Saya!

 

Fuhhh dah lama tak join segmen Adik Ben ni.. Malam ni tengah kering idea menulis skrip drama bersiri Mak Yong mak rehatkan sebentar otak mak dan join segmen Ben ni..

Meh kita menjawab soalan Adik Ben..
  1. Letak  logo ini di permulaan entri sebagai tanda penyertaan segmen ni .
    SIAP
  2. Tajuknya : Jom Kenali Blog Saya dan linkkan ke entri ini .
    SIAP
  3. Beri latar belakang secara ringkas kenapa anda buat blog ? 
    Kenapa Mak Dara nak Berblog? hmm satu soalan yang sungguh best.. sebenarnya Mak Dara memang gila menulis.Bila dah besar Mak Dara bertemu suami , Martias Ali seorang Penulis Skrip drama yang amat berbakat. Setelah berkahwin akhirnya Mak Dara terus ikut jejak langkah suami dan turut jadi penulis skrip drama dan filem. Setelah 14 tahun Mak Dara terlibat dalam dunia penulisan kini hampir 59 buah skrip drama dan filem telah ditayangkan di TV.

    Menulis skrip selalunya Mak Dara terpaksa ikut jalan cerita pihak producer. Tapi banyak yang tersurat dan tersirat yang tak dapat Mak Dara luahkan. Cari punya cari punya cari akhirnya Mak Dara dapat jawapannya.. BLOG!!
     
  4. Jelaskan kenapa anda nak para blogger/ pembaca singgah ke blog anda ?
    Tiada paksaan kalau nak singgah atau baca blog Mak sebab entry entry di blog mak ni selalunya berkait rapat dengan angin meroyan mak..Maka kalau sudi membaca entry entry mak yang meraban amat amatlah mak alu alukan. Bestt juga rasanya jika ada orang yang sudi membaca blog dari blogger yang dah kertu macam mak ni hehe

  5. Berikan 5 buah blog yang menarik yang mana anda pernah jumpa selama anda mengenali dunia internet ini .
    a) Blog Ben Ashaari
    b) Blog Mia Liana
    c) Blog Pinky Mommi
    d) Blog Isteri Encik Bard
    e) Blog Eqbal Zack

  6. Impian anda terhadap blog anda ? 
    Semoga blog ini dapat dimajukan dan dikemas kini dan diterima oleh semua dan semoga adalah yang sudi menjenguk melawat dan membacanya.
  7. Siap ? Tinggalkan url di ruangan entri ini .
    SIAP
    Haa apa tunggu lagi jom join segmen ben ni.. klik di sini untuk menyertainya http://www.benashaari.com/2011/09/segmen-jom-kenali-blog-saya.html

Selagi Hidup kerja.. kerja.. kerja...

Selagi Hidup kerja.. kerja.. kerja... Haaaa pernah dengan dialog tu dalam cerita allahyarham Tan Sri P. Ramlee.. Yaaa memang kita perlu kerja untuk hidup ya.. Dalam minggu ni Mak asyik sibuk aje dengan contest filem LIBAS tu.. sekarang bila contest dah tamat.. apa lagi.... Sambung kerjaaaaa le....

Projek skrip terbaru Mak untuk bulan ini ialah untuk menulis sebuah drama bersiri 13 episod bersama adik Mak Dara iaitu Adza Emie.. Drama ini bertajuk MAK YONG.. Yaaaa dulu drama ni dah pernah ditayangkan di TV.. Syukur alhamdullilah kerana rating dan permintaan untuk drama itu tinggi maka Penerbit drama ini iaitu En Jurey Rosli (yang juga penerbit untuk Filem LIBAS) meminta kami untuk membuat sambungan kepada drama itu.. Syukurrr alhamdullilah..