Wednesday, September 28, 2011

Kisah Deejay Reza Mohamed , Monyet House Of Talent & Patung Studio

Deejay radio ERA Reza Mohamed... Siapa tak kenal kan.. Dengan petahnya berbicara membuatkan ramai  yang menjadi pendengar setia Era kerananya.. Mak Dara dan adik adik mak sebenarnya dah lama kenal dengan Reza .. Walaupun Reza telah berjaya dalam kerjaya, glamour dan popular tapi dia tetap humble dan maintain seperti dulu.. Susah nak jumpa selebriti yang sempoi sepertinya.. Tabik spring satu pada Reza.. Kisahnya begini tadi bukak aje FB mak tengok Reza ada postkan sesuatu pada wall mak..

Apa lagi mak terus terjah ke link yang diberikan oleh Reza tu.. Wahhhh kagum betul Mak Dara apabila mendapat tahu yang Reza pun ada blognya sendiri yang diberi nama Monyet House Of Talent.. hehe cute betul namanya.. tengok headernya pun cute ...

MONYET house of TALENT

Bila membaca entry dalam blog itu Mak bertambah kagum.. Reza telah berjaya membuka studio miliknya sendiri.. haaaa artis artis sebegini lah yang mak respect.. Memikirkan masa depan good job Reza.. Studio yang dinamakan Patung Studio itu disewa di Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur dengan bantuan rakan kongsinya, Sufi Abu Bakar, graduan dalam bidang tarian dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)


Studio yang ditubuhkan di bawah syarikatnya, Rezakey Management tersebut turut mempunyai tiga bilik termasuk bilik solat, tandas, bilik penyediaan makanan dan sebuah pejabat. Setakat ini, studio ini telah digunakan untuk latihan menari dan tidak lama lagi pengarah Erma Fatima akan menyewa studio ini untuk latihan lakonan. Bayaran untuk menyewa studio milik Reza itu adalah bergantung kepada masa dan jenis aktiviti yang dilakukan. Biasanya pihaknya akan mengenakan sewa ruang studio itu RM25 untuk satu jam.. Bagi mak satu harga yang amat amat amat berpatutan.. nak nak lagi bila studio itu milik selebriti hebat seperti Reza.. betul tak..

Ok pada yang nak tahu lebih lanjut tentang Reza, tentang blognya Monyet House Of Talent ataupun mengenai Patung Studio bolehlah terus ke blog beliau di link ini ya.. http://monyethouseoftalent.blogspot.com/ .. Kepada Reza.. Kak Ida ucapkan tahniah dan all the besttt in your future.. So proud of you!!!!

Adesss tak baca betul betul syaratnya.. Maafkan akak ye...

Ohhhh tidak.. Oh no.... Adesssss segan dibuatnya. Semalam mak tengah kering idea tat kala tengah menulis skrip drama bersiri tajuk Mak Yong.. Jadi untuk mereleasekan tension apa lagi.. buka le blog... Tup tup nampak Adik Ben ada buat segmen Segmen : Jom Kenali Blog Saya .... Fuhhh dah lama rasanya tak join segmen Ben ni maka apa lagi berdesuppp mak bikin entry dan submit link ke blog Ben tu.. Dan lepas tu tanpa nak check or double check terus je sambung buat skrip balik..

Tiba tiba bukak aje blog kejap tadi terbaca satu komen dari teman blogger Mak menyatakan segmen yang mak join itu khas untuk blogger baru aje . Errr alamak untuk blog baru aje.. Mak pikir balik memang mak pun blogger baru tapi bila ditengok balik syarat syarat di segmen ben tu...

Segmen ni adalah bertujuan mencari kenalan blogger-blogger yang baru buat blog selepas Ramadhan yang lepas

Adessss mak terlepas pandang lah.. Mak baca sekali imbas macam untuk blogger blogger baru tapi terlepas pandang part selepas Ramadhan yang lepas.. Adesss malu.. Maafkan Akak ye Adik Ben.. memang tak sengaja sungguh hehehe almaklumlah dah kertu memang cepat melatah sikit .. Jadi akakpun terus je delete link akak di komen box Ben tu.. Tu lah penangan segmen Ben ni sungguh dasyat hehe.. Lain kali akak akan baca dulu syarat syaratnya dan takkan main redah je macam semalam hehe.. 


AHKAK PUAKA... NO COMMENT!

Sana sini orang berkata dan menulis tentang AHKAK tu.. Mak Dara pun tertanya tanya jugak siapa akak yang sungguh glamour itu. Mak juga pernah dengar sendiri cerita ni dari ahli keluarga mak.. Jadi dengan semangat ingin tahu yang berkobar kobar mak pun pegi lah search.. Masyaallah... Bila dah buka.. lidah terkelu dan terkedu dibuatnya.. Mak tak nak lah letakkan header dia ataupun link ke blognya sebab rasanya semua pun dah tahu apa isi di dalam blog tersebut.. Dan Mak sendiri tak mahu memberi apa apa komen tentang blog tersebut. NO COMMENT!


Berhenti disitu tentang isu itu... FULL STOP! Hmmm Tiba tiba mak teringat akan satu sajak yang pernah Mak tulis tak lama dahulu..

Bagaimana jika ini adalah entry terakhir dari kita..
Bagaimana jika setelah menulis entry ini kemudian kita dijemput oleh Ilahi..
Bagaimana jika entry terakhir kita ini menulis tentang aib orang..
Bagaimana jika entry terakhir kita ini menghina seseorang..
Bagaimana jika entry terakhir kita ini bisa melukakan hati mereka dan keluarga mereka..
Bagaimanakah...

Apakah itu yang kita mahu orang mengenali diri kita..
Adakah kita mahu orang mengingati kita dengan tulisan cacian dan makian itu
Mahukah kita dikenali sebagai orang yang suka menjatuhkan maruah orang
Mahukah..

Dapatkah mereka terima apa yang kita nyatakan
Dapatkah mereka lupakan apa yang telah kita tuliskan tentang mereka
Mahukah mereka memaafkan kita......

Bagaimana Jika Ini Entry Terakhir Dari kita..

Hmmm best jugak sesekali buat sajak ni kan.. Dah lama berhenti dari zaman sekolah lagi.. Nak buat yang baru lagi lah.. Btw.. sajak ini TIDAK ditujukan kepada sesiapa hanya untuk renungan mak dara semata mata. tiada kena mengena sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia ...