Friday, September 30, 2011

D'ADZA di AC DI SINI

Terkejut mak dara siang tadi.. Tiba tiba bila terbaca wall post dari teman Mak di facebook mak..


Uik ada ulangan lagi ke?Aisey man mak terlepas nak tengok lah... Emm pasti ada yang tertanya tanya apa yang mak meraban ni.. Sebenarnya pada 2 tahun lepas Mak Dara dan band Mak dara iaitu D'ADZA telah dijemput bersama sama dengan boss kami Abang Saiful Apek ke rancangan AC? (AC DISINI).. Masa tu D'ADZA ada buat album kompilasi bersama Saiful Apek,CD Nas, Diarra Aziz dll dalam album SAIFUL APEK DAN KENGKAWAN.. 

D'ADZA & Saiful Apek

Rancangan tu dah pun ditayangkan pada tahun 2009.. Tak sangka pulak ia diulang tayang semalam di ASTRO RIA.. Ohhh rindunya saat saat manis ituMeh mak sharekan sikit gambar gambar kami di dalam rancangan AC tu ye..

Dato AC sedang interview Saiful Apek, Adza Yanie & Angah

D'ADZA & Angah sedang menjawab soalan Dato Ac
dari kiri- Adza Rina, Adza Irda(Mak dara), Adza Tuty, Adza yanie & Angah

Boss bersama Adza Yanie

Adza Irda, Adza Tuty & Adza Rina

Dato AC sedang mempromosikan album kami =)

dalam satu segmen dlm rancangan itu
Kami disuruh tangkap belut.. hahaha

Boss ( Saiful Apek) sedang cuba menangkap belut

Mak Dara cuba tangkap belut hehe geli youuu..

Mak dara & Adza Tuty

D'ADZA menyanyikan lagu duet KEMBALILAH bersama Abg Saiful APek..

D'ADZA menyanyikan lagu duet KEMBALILAH bersama Abg Saiful APek

Inilah antara gambar gambar kenangan Mak Dara bersama, D'ADZA, Boss Saiful Apek dan Angah Rajalawak dalam rancangan AC?.. tadi mak tengok intisari rancangan AC akan disiarkan lagi malam ni pukul 12 tengah malam ni di ASTRO RIA.. Tapi mak tak pasti lah jika itu adalah episod dimana Mak Dara, D'ADZA dan Saiful Apek ataupun episod Dato AC bersama jemputan lain.. Tapi kalau sudi2 tu layannnn le AC malam ni di Astro Ria pukul 12 malam nanti ye =)

Terharu dan Teramat lah sukanya dengan entry Cik Mat Gebu itu..

Ohhhh benarkah apa yang kulihat.. jap nak tenyeh mata lagi sekali.. kali ni bior lama sikit.. Wahhh betullah tu... Blogger dan personaliti yang mak minat dan hormati iaitu Cik Mat Gebu ada buat entry mengenai mak... Tak percaya????


Haa bukan tumis pedas keria kambas tu tau..baca yang part puan adza tu ye.. itu nama sebenar mak hehe.. Waduhhhhh Cik Mat Gebu... Jutaan terima kasih kerana sudi memberi sokongan kepada saya, somi saya Martias ali dan juga pada filem LIBAS... Im so honoured.. tambah tambah lagi bila kata kata itu datang dari orang yang saya hormati dan kagumi.. Really appreciate it... 

Kata Cik Mat Gebu yang blognya satu lagi diberi nama BICARA DARI DAPUR dan blog mak ni Bicara Mak Dara jadi boleh jadi geng gossip.. Peghhh memang dah lama nak rekrut geng untuk join bergossip dan meroyan ni I like.. hehehehe

Sekali lagi terima kasih atas support Cik Mat Gebu itu dan semoga filem Libas mendapat tempat dihati pencinta filem negara insyaallah....