Sunday, October 2, 2011

Nora & The secret life of Nora

Nora & The secret Life of Nora memang membuatkan mak confuse.. Maunya tak confius.. Somi mak yang baru pulang dari outstation semalam dah selamat sampai ke rumah dan beriya iya ajak mak tengok Nora di Istana Budaya petang ni.. EMm bila pulak penyanyi Nora tu buat concert? Mak Dara memang minat dengan lagu lagu Nora tu tapi hairan jugak melihat kesungguhan somi mak nak tengok konsert ni.. Mak tak cakap banyak dan terus mengiyakan aje.. Orang dah ajak rugi lah kalau tak pegi..


 Nora =)

Sebelum Mak Dara nak bersiap mak bukak facebook dan search la kot kot ada event konsert Nora tu di FB tapi takde yang ada hanyalah event Teater THE SECRET LIFE OF NORA... kekeke tergelak Mak Dara dibuatnya oooooh jadi yang sebenarnya somi mak ajak gi tengok teater oleh Datin Sri Tiara bukan tengok konsert penyanyi Nora tu hehehehe.. Now everyting make sense.. Memang somi mak ni gila tengok teater.. Lagi lagi pulak sekarang dia sedang membuat skrip filem untuk Dato Sri dan Datin Sri Tiara.. Maka memang elok lah dia pegi menonton teater itu.. Aiseyman wrong information yang masuk ke kepala Mak ni hehe..


Nanti Mak Dara ceritakan tentang Teater tu bila mak balik nanti ye.. Selamat berhujung minggu semua..