AJK Mesyuarat Tingkap

Monday, October 3, 2011

CAT OH CAT

Hari ni Mak nak kongsi cerita anak buah Mak Dara yang naru kehilangan kucing tersayangnya CAT.. Yup.. kucing tu diberi nama CAT bukan putih, bukan comel, bukan gebu tapi CAT.. Sebab apa kucing itu diberikan nama CAT sebab masa kucing tu dari kecil anak buah Mak Dara termasuk adiknya, ibu dan ayahnya masing masing takde idea nak kasi nama apa so hari hari panggil cat aje dan last last lekat le nama Cat tu dengan dia..


CAT


Nadhirah & Cat

Beberapa minggu lepas Ibu Mak Dara telah dimasukkan ke dalam hospital kerana sakit kencing manisnya tu.. Jadi kami semua anak beranak setiap hari akan pergi melawat Ibu di sana.. Dan pada satu hari tu bila anak buah Mak balik aje ke rumah dia dapati yang CAT dah tak ade.. Dulu pernah juga cat tak balik sehari dua dan pulang balik kerumah lepas tu tapi kali ni dah masuk banyak hari cat tetap tak muncul muncul.. Kesiannya anak buah Mak ni.. Dia memang sayang sangat dengan Cat. Dan sekarang Kakak Mak Dara Adza Yanie sedang membuat flyer untuk mencari cat semula.. Mak Dara harap Cat dapat ditemui secepat mungkin...

sayangggg Cat.. :(