Thursday, October 6, 2011

Di Belakang Tabir Sambutan Hari Jadi Somi Mak Dara

As salam.. Semalam 5hb Oktober 2011 merupakan hari ulang tahun kelahiran somi mak Dara yang ke 43 tahun.. Dah macam macam bermain dalam kepala Mak dara plan untuk sambut hari istimewa ni.. Tiap tiap tahun Mak akan buat birthday party ataupun celebrate birthday somi mak ni di restoran bersama anak anak.. Entah kenapa tahun ni mak rasa macam nak buat satu kelainan lah.. Jadi mak pun pikiaq dan pikiaq dan pikiaq lagi apa yang mak nak buat..

Last last mak mendapat idea untuk buat one romantic birthday diner untuk somi mak tu.. AMbik beberapa hari juga untuk plan dan persiapan untuk jayakan plan Mak ni... Dan bila tiba pada tarikh tu mula lah Mak mengatur langkah ..

firstly beli birthday kek buah peberet somi mak.. 

kedua.. masak makanan peberet somi mak
Fish and chip (tp chip lupa nak beli haha & spicy chicken wings)

siapkan strawberry dip with chocholate

Ketiga tukarkan balcony di luar bilik Mak dara tu 
jadi tempat untuk mak dan somi diner bersama
(anak sulong mak tengah pasangkan candle hehe)

tadaaa jadilah macam ni..

mak sempat posing sambil tunggu somi balik keje hehe

Perghhh ternyata plan tu memang senang dan nak laksanakannya tu memang le berattt.. tapi semuanya berbaloi demi somi mak yang tercinta hehehehe... So inilah kisah di belakang tabir sambutan birthday somi mak.. Sekarang Mak nak habiskan sedikit kerja.. Nanti Mak sambung lagi ya.. wahh macam drama berepisod pulak kan siap ada sambungan bagai hahahahaha



Nama Domain Apa Yang Sesuai..

As Salam kepada semua teman.. Syukur alhamdullilah Mak dara telah berjaya memenangi sebuah GA dr rakan blogger Tengku Nizam dengan kerjasama Rakan Blogger Klik 1Malaysia dan jua adik Intan Nurul fateha dan hadiahnya berupa domain selama setahun.. perghhhh mantop hadiahnya tu.. Tapi soalannya sekarang ialah.. Nama domain apa yang sesuai untuk Mak Dara letakkan ye.. 

pic by google

Patutkah mak letakkan nama sebenar mak "adzairdawati" sebagai nama domain ataupun nama blog "bicaramakdara"? Mak cuba minta pendapat somi mak tapi dia tengah meeting.. Jadi mak nak minta pendapat uols.. boleh.. =)



Mak Dara antara pemenang GiveAway Tengkunizam.com | Rakan Blogger Klik1Malaysia

Wahhh panjang bebenor tajuk Mak Dara hari ni kan.. Opkos le panjang sepanjang dengan senyuman dan sengihan yang terukir di bibir mak Dara tatkala ini.. Perghhhh mau tak tersengih.. Mak Dara antara pemenang giveaway yang dianjurkan oleh blogger hebat Tengku Nizam dan rakan blogger klik1Malaysia!!!!!!!! 



Seramai 316 blogger yang join Ga ni.. Pemenang GA ni dipilih melalui random.org maka mak Dara dapat nombor 187.


Bila dapat aje mesej dari Adik tengku Nizam di fb tadi yang menyatakan keputusan GA dah keluar mak terus terjah ke blog beliau... Fuhhhh gumbiranya mak.. Mak antara 86 pemenang bertuah itu... Lagi bertuah bila Mak dara memenangi hadiah yang LUMAYAN!!!! nak tahu apa hadiahnya... 


Yup.. mak telah memenangi Hadiah domain selama setahun tajaan blogger Intan Nurul Fateha!!!

intanurulfateha

Waduhhhh sooo exited.. Jutaan terima kasih kepada Adik tengku Nizam, Rakan Blogger Klik 1Malaysia dan juga adik Intan Nurul Fateha atas GA dan hadiah yang sungguh AWESOME ini.. really appreciate it!!!!!!! nanti Mak dara hubungi adik Intan ye =)

Steve Jobs pengasas bersama Apple meninggal dunia

Screen Shot 2011-10-06 at 12.59.24 AM

Siapa yang tak kenal dengan jenama APPLE kan... Steve Job yang merupakan pengasas bersama jenama Apple itu telah meninggal dunia awal pagi tadi. Difahamkan Steve Job telah meninggal akibat penyakit kanser. Mendiang meninggal dunia pada umur 56 dan meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.. 

May you rest in peace Steve..



LOVEBITE MERBAHAYA UNTUK KESIHATAN

(Sebelum mak nak teruskan dengan entry ini mak nak maklumkan bahawa entry ini hanya molek dibaca oleh mereka mereka yang besaq dan dewasa aje.. Budak budak bawah umur tidak digalakkan membaca ye..)Terkejut juga Mak bila terbaca tentang hal ini di facebook dan rasanya elok jika mak sharekan di sini untuk renungan kita semua..



Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.
Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. 

Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.

Bagi pendapat Mak Dara tak payah le nak buat benda benda ni semua.. Buat apalah nak buat benda tu.. Adakah nak ditunjukkan pada semua orang.. Tapi itu cara masing masing lah.. Tapi bagi mak.. sampai boleh merbahayakan kesihatan.. baek jauhkan aje...