As salam.. Semalam Mak Dara ada mengadakan satu segmen bertajuk Saya Seorang Silent Reader. Tapi Saya Suka Baca Blog Awak. Fuhhh tak sangka juga Mak ramai juga yang menjadi silent reader seperti Mak Dara ini.. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan Mak Dara menjadi silent reader apabila singgah di blog blog anda. Namun mak dara nak tekan kan disini iaitu bila kami tidak meninggalkan komen atau jejak itu tidaklah bermakna kami tidak hargai, sukai atau membaca entry entry di blog anda oh tidak... Kami amat hormati hargai dan suka blog blog anda namun sifat pemalu kami aje membuatkan kami menjadi silent reader dan low profile.. orang putih kata shy shy cat gitu hehehe.
Ok apakata jom kita berkenanalan dengan geng silentreader silent reader mak ni jom!!