As salam kepada semua teman.. Hari ni Mak Dara nak buat satu segmen bertajuk BLOGGER INI KELUARGA SAYA. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk memperkenalkan dan juga sambil itu dapat mempromote blog keluarga kita itu..Tak kisah le blog mak ke , ayah ke, anak, abang , kakak, adik, makcik pakcik, sepupu atau sepapat asalkan mempunyai tali persaudaraan antara kalian dan mereka mempunyai blog maka perkenalkanlah mereka di dalam segmen ini. Amacam ok tak.. Kalau nak join segmen mak ni sila tengok dibawah ye..
1) Buat satu entry bertajuk :BLOGGER INI KELUARGA SAYA
2) Tepek header blog Mak Dara tu
3) listkan blog ahli ahli keluarga anda (1 blog pun boleh)
(kalau boleh cerita sikit hubungan anda dan blogger itu, mengenai blog itu dll)
4) Dah selesai letakkan link url anda di komen di bawah