As salam.. dah tido ke.. Kalau belum meh le tolong mak dara sikit boleh? boleh.. bagusss.. anak sapa lah ni hehehe... Begini kisahnya ada seorang teman mak dara meminta proposal skrip filem dari Mak Dara... Sebenarnya banyak juga sinopsis yang dah sedia ada dalam komputer Mak dara ni.. Tapi penting jugak kalau Mak nak minta pandangan pendapat anda sebagai penonton.. filem bagaimana? genre apa? kisah apa? yang mampu membuatkan anda pergi ke panggung dan membeli tiket untuk menonton? haaa panjang pulak soalan Mak dara ni ek..

Dari pengamatan Mak Dara dan beberapa teman yang berada dalam industri penulisan skrip ni kami dapati trend filem filem sekarang banyak bergenrekan urban, samseng, rempit, dan sedikit berbaur 18sx dan tidak ketinggalan genre lawak dan hantu.. genre genre ini pasti akan mendapat kutipan box office.. Mak Dara pun tengah pikir nak buat cerita hantu ni hehe
Jadi kalau andalah.. Filem bagaimanalah yang anda mahu dan akan pergi tonton? tolong habaq mai sat kat Mak Dara ye.. tengkiuuuu terima kasih daun keladi.. manalah tau kalau kalau pendapat anda menjadi.. boleh kita tengok skrip filem mak dara di layar perak nanti.. siapa tahu kan? Insyaallah.. doa doakan untuk Mak dara ye.