Saturday, October 15, 2011

Blog milik Shaz Akademi Fantasia 4

Shaz AF.. Kenal tak dengan Shaz atau nama penuhnya Shazroul yang pernah muncul dalam sebuah rancangan realiti TV AKADEMI FANTASIA 4 suatu masa dulu? Kompom le ingat kan.. suaranya memang meletop dan sedappppp....



Mak Dara dan adik beradik Mak dara memang dah lama berkawan dengan Shaz ni.. Orangnya paling humble dan sweet pernah Mak Dara jumpa.. Susah nak jumpa dengan seorang selebriti yang sungguh down to earth seperti Shaz ni... Hari ni Mak Dara terbaca tweet dari Shaz tersengih Mak Baca.. Nak tahu apa ditulisnya hehehe

(tweet dr shaz hehehe)

Hehehehe Patutlah asyik tersedak aje Mak Dara satu hari ni hehehe.. Rupa rupanya shaz sebut nama Mak dara hehe . Shaz pun ada blognya tau.... Ok Meh Mak Dara nak perkenalkan blog Shaz kepada semua....


Banyak entry entry menarik dalam blog Shaz ni dan antara yang menarik ialah aktivitinya dalam bidang seni dan nyanyian.. Moh le terjah ramai ramai ke blognya.. Sekaligus jom berkenalan dengan beliau..  

Untuk Shaz.. Kim salam dengan ur mom and ur auntie k.. nanti belanja kak ida minum kat wangsa walk ok.. Pastu nak request nyanyi lagu MY BABY YOU satuuuuu hehehehehehe



KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

Kebelakangan ni Mak Dara selalu je dapat berita gembira.. Sepupu mengandung.. Kawan sekolah mengandung lagi.. teman teman blogger seperti Yana isteri kepada Ujang dan Azila juga bakal menimang cahayamata tak lama lagi... terbaru adik Mak Dara yang bongsu Adza Nasyaemie atau dalam dunia blog SUPERIBU pun sedang mengandung anak keduanya.. Mak Dara? Ohhh tidak cukuplah dengan 4 orang anak hehehehehe...

Adza Emie bersama suaminya Zainal dan anaknya Adza Qhaliesya
(time ni br 4 bln mengandung blm boyot lg tu hehe)

Mak Dara terbaca artikel tentang KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM dan ingin kongsikan dengan anda... 


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat



Bertapa mulianya wanita mengandung di dalam Islam...