AJK Mesyuarat Tingkap

Sunday, October 16, 2011

Entry khas kepada yang bergelar Menantu..

As salam kepada semua teman Mak Dara.. Haa entry kali ini mengenai menantu.. Ada yang bergelar menantu atau yang bakal menjadi menantu silalah baca kisah Nabi Ibrahim dan menantunya ini sebagai renungan bersama ya...
Di suatu hari Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.


Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Di mana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah.
Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.

Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)


 

Tidur Kurang 6 Jam Boleh Membawa Maut

TIDUR.. Janganlah dipandang ringan.. Terkejut juga Mak Dara bila baca wall post teman Mak Dara tadi.. Mengenai keratan akhbar artikel mengenai Tidur dan sekiranya kurang dari 6 jam masa yang diambil untuk tidur maka kita mungkin berdepat maut..


Jadi berapa jam kah anda tidur dalam seharai? Mak Dara paling nervous bila baca artikel mengenai hal ini. Ini kerana Mak Dara adalah pengidap penyakit INSOMNIA. Tidur Mak Dara tak ubah seperti tidur tidur ayam. Pasri akan berpusing pusing badan lebih dari seratus kali pada setiap malam.. Dan tatkala tidur pastinya otak Mak Dara semakin aktif dan ligat berfikir.. Entah apa apa yang difikir kan mka dara namun itulah anatara yang dialami oleh pesakit insomnia macam Mak Dara ni..

Pernah Mak Dara tak tahan dan pergi mendapatkan rawatan dan meminta ubat tidur dari doktor namun ubat ubat seperti itu tidak digalakkan dan Mak Dara pernah dicadangkan untuk membuat kaunseling di HKL.. wahh dah rupa macam sakit jiwa pulak rasanya . Namun Doktor menyatakan itu hanyalah antara rawatan untuk pesakit Insomnia bagi mengetahui kenapa dan apakah punca tidak dapat tidur.. Hmmm pada yang dapat tidur dengan nyenyak tu jangan lah sia siakan tidur anda kerana ia umpama satu kemewahan yang tak dapat kami sebagai pesakit insomnia perolehi dan rasai..

Filem Apa Tengok-Tengok

APA TENGOK TENGOK.. Haaaa Mak Dara pun baru tahu tentang filem ni sebentar tadi.. Tajuknya agak "catchy" jadi Mak Dara pun search lagi tentang Filem ni.. Terkejut juga Mak Dara bila dapat tahu bahawa ini adalah sebuah filem komedi musical.. Wahhhh bukan senang tau nak bikin filem musical ni.. Lain dari yang lain..


Tengok dari poster nye pun dah kelakar kan.. Ada sipi sipi macam filem High School Musical . Walaupun membariskan wajah wajah baru namun yang penting bagi Mak Dara adalah jalan ceritanya. Haaa meh Mak Dara kasi sinopsisnya sikit ye.

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang bagaimana seorang pengetua yang bernama cikgu Zaaba, berusaha untuk membentuk sikap dan perangai lapan orang pelajar yang mewakili dua kumpulan atau kelompok kaya dan sederhana. Permusuhan yang berterus selama bertahun-tahun ini berubah apabila seorang pelajar cemerlang dari KL namanya Adriana Abdullah. Ibu Adriana, Syafinaz adalah kawan guru disiplin sekolah tersebut iaitu cikgu Fadzilah. Cikgu itu adalah seorang guru yang mengambil berat tentang para pelajarnya terutama mereka ini semua. Pertelingkahan antara kumpulan Shariff dan Daniel bermula apabila kumpulan Daniel bertembung dengan Shariff yang sedang menunggang motosikal arwah datoknya. Mereka mengejek-ejek Shariff dan memalukan dia di jalan raya.

Shariff meminta kawan-kawannya untuk membantu mengenakan kumpulan Daniel dengan memancitkan tayar keretanya. Kenakalan mereka bertambah lagi Adriana masuk belajar di sekolah tersebut dan menjadi rakan sekelas mereka. Dua kumpulan Daniel dan Shariff terus bersengketa sehingga menyebabkan cikgu Zaaba mahu membatalkan majlis perayaan Hari Guru. Ini kerana mereka tidak boleh bekerjasama untuk membuat persembahan bagi mewakili kelas mereka. Akhirnya setelah cikgu Zaaba merajuk, mereka dengan sendirinya berbaik dan kemudian menjadi pelajar yang dicontohi dan dihormati kerana mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan dalam pertandingan bakat 1 Malaysia.

Namun sepanjang sesi persekolah itu, pelbagai perkara telah berlaku. Yang paling menggerikan apabila Shariff hamper ditembak oleh Bro Joe iaitu seorang Pengedar Dadah yang menyamar sebagai Ahli Perniagaan MLM yang berjasa. Kerana mahukan kemewahan dan keinginan yang kuat untuk memiliki alat muzik sendiri, Shariff dan rakan-rakannya bekerja sambilan dengan bro Joe dengan menjadi budak penghantar barangan kesihatan kepada para pelanggan bro Joe. Mujur ada pameran anti-dadah di sekolah mereka. Akhirnya mereka mendapati bahawa barangan kesihatan yang dijual oleh bro Joe rupa-rupanya adalah dadah. kerana takut ditangkap, mereka berempat membuang bungkusan yang disuruh hantar kepada pelanggan oleh bro Joe.

Perbuatan mereka itu menyebabkan bro Joe hilang pertimbangan dan menyebabkan sekumpulan pelajar kelas tingkatan 1 bersama-sama dengan guru kelas ditawan sebagai tebusan agar pihak polis membebaskannya. Ketika peristiwa ini berlaku, Shariff tercedera di kepala akibat dihentak dengan pistol oleh bro Joe. Akibat kejadian tersebut, budak-budak memenangi pertandingan musik dari KL. Kemenangan mereka disambut oleh semua termasuk ibubapa mereka. Namun tragedy menimpa sekolah mereka lagi apabila salah seorang pelajar tingkatan 1 disahkan menghidap brain tumour dan mereka terpaksa mengumpulkan tabung perubatan untuk Amran sebanyak RM150,000.00. Dato Dani menjadi orang pertama yang menderma dan diikut dengan konsert khas untuk Amran.

Filem ini akan mula ditayangkan pada 27hb Oktober 2011. Jadi moh le kita sama sama support filem kita ye.. Kepada semua yang terlibat dalam filem APA TENGOK TENGOK.. all the best dan semoga berjaya!