Friday, October 21, 2011

Oh Anak Teruna Ku....

Sepanjang petang tadi hati Mak Dara berdegup degup je .. Mata asyik dok tengok jam di dinding.. Pukul 6:30.. 6:40.. 6:50.. 7:00 petang... Adoiii kenapalah anak teruna Mak Dara si Adza Danial Haiqal ni tak balik balik lagi dari sekolah dia ni.. Yup anak teruna Mak Dara ni pegi sekolah naik basikal.. Jadi bertambah risaulah Mak Dara bila hujan makin lama makin lebat.. Kilat pulak sabung menyabung.. Buatkan Mak Dara tak senang duduk menantikan anak Mak tu balik.. Hari ni pulak somi mak otstesen.. Kalau tak dah kompom kopom dia akan terpacak tunggu anak dia di depan pagar sekolah kalau hujan walaupun sikit.. Anak kesayangan ayah lah katakan...

Dek kerana risau ya amat maka mak mengajak adik Mak pergi kesekolah Haiqal. Puas Mak cari dia satu sekolah tapi dia tak ada.. Hari pun dah makin gelap.. Tengok jam dah pun pukul 7:30 petang.. Kami terus memandu pulang tiba tiba mak terpandang anak mak sedang mengayuh basikal untuk balik ke rumah.. Mak terus jerit panggil dia.. Syukur alhamdullilah dia selamat.. Cuma yang kesian baju habis basah kuyup..Terus dia berhenti di tepi jalan. Tiba tiba beberapa kereta dan motor motor laju je berjalan sampai habis air air yang bertakung terkena ke arah Mak Dara macam air baldi yang dicurahkan.. Tak pikir ke ada budak kat tepi tu.. Rasa macam nak kejor je kereta dan motor tu dan piat piang telinga diorang tu.. Cuba kalau anak diorang kene macam tu apa diorang rasa.. Slow slow le bila ada air bertakung kat tepi jalan.. Terhuyung hayang anak mak dara yang tengah pegang basikalnya tu bila terkena air tu.. kesiannnnn Anak teruna ku..

Mak suruh anak mak masukkan basikal dalam bonet dan ikut mak naik kereta tapi anak mak tak mahu sebab dia kata dah dekat dah. Akhirnya Mak follow dia perlahan di belakang sehingga sampai le ke rumah.. Nasib baik le dekat aje terjumpa dia dengan rumah Mak...

Akhirnya anak teruna mak selamat tiba kerumah .. Syukur alhamdullilah..