Monday, October 24, 2011

Chewing Gum Membahayakan Kecantikan Rambut

Ramai tak yang suka makan Chewing gum.. Mak Dara dulu dulu masa kecik kecik memang gilaaa makan chewing gum. Hari hari Mak Dara paksa abah mak dara belikan chewing gum tiap kali berbelanja membeli barangan keperluan dapur.. Dan sekarang ni turun pulak kepada anak bongsu Mak Dara si Adza Isabella yang memang sakan gila makan chewing hampir hari hari.. Sebenarnya makan chewing gum ada baik dan buruknya.. Buruknya sebab manis sangat chewing gum tu so tak baik untuk kesihatan Tapi yang baiknya sebab ia boleh membuat senaman muka hehe... Tapi satu kombinasi chewing gum yang membahayakan kesihantan rambut ialah

CHEWING GUM
+
BUDAK NAKAL
=

Haaaa sekarang faham tak kenapa Mak Dara katakan chewing gum membahayakan kesihan rambut bila terdapat kombinasi seperti diatas iaitu kombinasi chewing gum + budak nakal = chewing gum lekat dekat rambut!!!!  Adoiiiiii gerammm betullah dengan anak Mak Dara tu.. rambut dia lekat chewing gum pastu datang tunjuk kat Mak Dara dengan wajah tersengih sengih dia tu.. Macam mana nak marah.. Mak ugut kata kena botakkan rambut untuk keluarkan semua chewing gum tu dia dengan selamba cakap OK.. Aiii tak takut langsung dan tak makan saman.. Nasib baik Mak Dara ingat petua untuk keluarkan chewinggum dari rambut ialah dengan melumurkan rambut yang terkena chewing gum tu dengan minyak masak.. Apa lagi Mak pun kasi lumurrrr le..


Nasib baiklah berkesan.. Kalau tak memang mak nak kasi potong punyalah.. So dalam sehari dua ni si Isabella ni ada le fobia sikit nak makan chewing gum lagi.. Tapi tak tahulah sampai berapa lama fobia tu dapat bertahan.. Adoyaiiii anak mama ni....