Saturday, October 29, 2011

Para Isteri Ramai Yang Terpinggir Malam Ini..

Kompom ramai kaum kaum isteri dan tidak kurang para para teman wanita yang akan dipinggirkan pada malam ini.. malam perlawanan akhir Bola Sepak antara Terengganu dan Negeri Sembilan lah katakan... 

Tatkala di masa dan saat ini kalau para isteri dan awek awek ajak sembang atau keluar pasti permintaan akan ditolak.. Pastinya sebahagian dari para somi dan para boyfriend berada di stadium bagi menyaksikan  perlawanan akhir bola sepak ini ataupun akan terpacak di hadapan TV bagi menonton perlawanan akhir ini...


Time time begini kalau sang isteri berjalan catwalk didepan TV dengan baju kelawar ataupun nighty gown pon kompom akan ditolak ketepi oleh para somi ni kan haha.. Biarkan lah mereka.. bagilah mereka menikmati perlawanan akhir bola ni.. jangan diganggu konsentrasi mereka tapi rasanya lagi bagus kalau kita sama sama kasi layanzz bola bersama mereka.. pastinya sayang mereka pada kita semakin bertambah insyaallah hehehe... 


Ada Sesiapa yang pergi ke event Astro B.yond IPTV Hollywood and Celebrities Night

Oh Mak Gayah.. Panjang bebenor pulak tajuk entry Mak Dara petang ni kan.. kalau dah baca tajuk aje dah tak payah baca entry dah kan hahaha.. Yup Mak Dara telah dapat jemputan dari NUFFNANG untu ke acara Astro B.yond IPTV Hollywood and Celebrities Night tu.. 

Email jemputan dr nuffnang

Mak Dara memang teruja untuk ke majlis ni.. Tapi ada sedikit rasa was was sama ada Mak Dara nak pergi atau tidak.. Antara yang menjadi punca was was Mak dara itu adalah tema majlis itu. mak Dara difahamkan semua yang nak hadir ke majlis tu kena ikut tema memakai pakaian macam celebriti Hollywood.. haaaa pening kepala jugak nak pakai baju apa ni.. Takkan nak pakai baju macam merylyn Monroe atau micheal jackson kot hehehehe... Tapi kata teman blogger Mak Dara si YANA YASSIN pakai biasa biasa aje.. So sedap le sikit hati mak Dara ni..

Emmm ada sesiapa yang akan pergi ke event ni tak? Kalau ada gang baru le seronok sikit kan hehe.. Insyaallah besar kemungkinan Mak Dara akan pergi insyaallah..



OH MAK GAYAH!! Macam Mana Boleh Terlupa Birthday BFFFF nih!

OH MAK GAYAH!! Ohhhh kenapa.. Ohh mengapa.. Oh awat la boleh pi terlupa birthday BFFF teman rapat mak Dara iaitu Afiey A.Zalee pada 23hb Oktober yang lepas!!!!! Tiba tiba bila teringat dah pun hampir seminggu berlalu birthdaynya tu..


Adessss harap harap Mek Afiey ampun dan maafkan ambo ye... Ambo dok sengajo.. Ambo asyik sibuk bikin hamper denge cosmetic sampai semua pun boleh terlupo.. Maafke ambo ye..

Belated Birthday


To Afiey Darl.... Hope it's not to late to wish you HAPPY BELATED BIRTHDAY.. errr actually I didn't really forget about your birthday; I just wanted to help prolong the celebration hehe... hope all ur birthday wish comes true.. muahhhhh lovessss ya darl.. 


Gambar gambar MAHARAJA LAWAK MEGA Episod 1

MAHARAJA LAWAK MEGA kini telah bermula!!! Sebanyak 17 persembahan telah berlangsung oleh 47 orang otai pelawak... Mak Dara nak share gambar gambar semua peserta dan persembahan mereka bersama anda ye =)


KUMPULAN ANJE

KUMPULAN SYOK

KUMPULAN BAWEL

KUMPULAN PI MAI

KUMPULAN RAP

KUMPULAN SAEHU

KUMPULAN BOBOI

KUMpULAN COMEL

KUMPULAN OSBON

ADLIN (SOLO)

KUMPULAN LANUN

KUMPULAN GEBU

KUMPULAN CAER

KUMPULAG 3G

JH (SOLO)

KUMPULAN BP

KUMPULAN HIRO

Di akhir rancangan ini 3 peserta yang berada di 3 tempat terbawah adalah KUMPULAN ANJE, KUMPULAN LANUN dan KUMPULAN CAER.. Namun mereka bernasib baik kerana untuk minggu pertama ini tiada penyingkiran di lakukan.. Apa yang boleh Mak dara katakan tentang MAHARAJA LAWAK MEGA episod pertama ini adalah ada beberapa Kumpulan telah membuat persembahan dengan sungguh baik dan AWESOME dan terdapat juga kumpulan yang tidak terpancar ke"MEGA"an yang seperti diharapkan oleh penonton namun pasti boleh diperbaiki lagi pada episod yang akan datang.. Overall bagi Mak Dara MAHARAJA LAWAK MEGA amat menghiburkan... Tahniah ASTRO