Sunday, October 30, 2011

BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog

image

Wahhhh hebattt gabungan mantap dari 2 blogger hebak iaitu Adik ben Ashaari dan Cik Lyssa .. Tetiba teringat lagu adam stacy bergabung meltop ahh... hehehe... Ok Mak Dara nak join segmen BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog ... aiseymen nampak gaya dah ramai yang join ni.. mak Dara baru je balik dari ECO FILM FESTIVAL kat University Malaya bukak lappy tengok segmen baru lah sempat nak join..

Ok yang paling ketara yang dapat Mak Dara lihat antara kedua blogger ni adalah..

1) Header blog mereka.. Masing masing menggunakan gambar mereka sebagai Header.
2) Nama blog mereka.. Masing masing menggunakan nama mereka sendiri
3) Follower mereka.. Masing masing mempunyai beribu ribu ribu follower

bagi pendapat Mak Dara.. Mak Dara tak ada komen untuk kedua dua blog ini kerana masing masing bagi mak telah berjaya dalam dunia blog ni.. Teruskan dengan apa yang telah anda lakukan tapi yang paling penting is to be yourself.. 

Ok bagi yang nak join segmen hebak ini klik di SINI ye.. Tarikh tutup pkl 8 malam ini..


Seronoknya dapat bertemu ramai Blogger @ Astro B.yond IPTV Hollywood and Celebrities Night (part 1)

Semalam bertempat di Solaris Mont Kiara Mak Dara dan somi mak Martias Ali telah hadir kan diri ke event yang telah dianjurkan oleh NUFFNANG iaitu Astro B.yond IPTV Hollywood and Celebrities Night!! Pada mulanya agak cuak juga untuk pergi ke majlis ini dek kerana tema dress code untuk ke majlis ni adalah "Hollywwod" dimana semua yang hadir diminta memakai pakaian ala ala artis hollywood namun Mak Dara dan somi redah je lah pakai macam biasa sebab tak kuasa badan gedabak besor macam mak yang bersaiz dua pintu peti ais ni nak dress up jadi Merylin Monroe ke Julia robert ke kan hahahaha..

The best part dalam event tu adalah Mak Dara dapat bertemu dengan ramai blogger blogger hebak seperti Red Mummy, Cik Epal, !! YaNa YassiN !! Mama Rizqullah dan ramai lagi. Meh Mak share gambar gambar di sekitar majlis itu ya..


baru tiba dan beratur utk pendaftaran.. Muka poyo sket sbb segan haha yelah time tu sorang blogger pun tak kenal.. 


Masa pendaftaran tu staff Nuffnang tanya You come as What? Kiranya dia nak tahulah mak dara tiru gaya artis Hollywood yang mana satu.. Yelah sebab event ni kena berpakaian mengikut tema kan... Dengan muka confidentnya Mak Dara jawap.. I come as my self.. Tersengih je staff Nuffnang tu pada mak.. Fuh lega bila mak dara tengok ramai juga blogger yang datang tak ikut tema macam mak ni takde lah rasa segan sangat.. Lepas tu mak diminta tulis tag nama dan dilekatkan di lengan baju. Apalagi terus le mak tulis "MAK DARA" kat tag tu hehe.


Tengah Mak Dara dan somi berjalan tiba tiba Mak Dara ditegur . Fuhhh legaaa sangat sbb dah jumpa geng.. Yana Yassin dan Mama Rizqullah. The both are really sweet and humble.. Tapi kesian le sebab kene layan celoteh dan meroyan Mak ni haha.. Harap harap diorang tak serik nak jumpa Mak Dara lagi.. Ye lah Mak kalau dah cakap susah nak cari tanda noktahnya harap harap diorang tak fobia dengan mak hahaha


Acara pun bermula dan dihoskan oleh ADAM C. Haa Adam C pun mengaku yang dia sebagai pengacara tapi tak pakai ikut tema majlis hehehe.. Sama lah kita Adam... hehe

Mak dan somi =)


Somi mak tengah tulis slogan saja cuba cuba untuk menang Ipad 2 hehe. Tapi semua yang join contest ni dasyat dasyat slogan diorang.. Tapi cuba le jugakkan mana lah tahu tuah ayam nampak di kaki.. tuah somi mak di kaki mak dara.. erkkk ada ke pepatah macam tu hahahaha


Dan babak yang ditunggu tunggu dan dinanti nanti oleh semua hadirin tiba jua akhirnya... Makan time! Panjang juga kene beratur untuk dapatkan makanan.. Almaklumlah rasanya hampir atau lebih dari 300 yang hadir di majlis ni. Tapi makanan memang sedapppppp cuma bihunnya je sikit yang agak keras.. Haiii kalau nak sedap semua pegi beli la kan ni dah free hentam ajelah labu betul tak hahaha..

Ok setakat ini dulu part 1 kisah acara Nuffnang ni.. Nanti Mak sambung lagi ye.. Masa bersama anak anak dihujung minggu perlu didahulukan... Selamat berhujung minggu semua..

To Be Continue...