Yaaaaaa... Hari ni Mak Dara melakukan aktiviti peberet mak iaitu... MENTERNAK LEMAK.. Dan kali ni Mak menternak lemak di 1901... Haaa bukannya mak berpatah balik pada tahun 1901 tapi mak ke kios 1901 yang menjual pelbagai jenis hot dog . Di mana? Di mana lagi tempat hang out Mak Dara kalau bukan di Wangsa Walk Mall.. Cuma 3 min aje dari rumah mak hehe..

Mak Dara dan adik Mak Adza Emie
Selalunya mak dara beli dan tapau balik aje.. tapi dek kerana ajakan dan godaan adik mak Dara iaitu Adza Emie terus le duduk dan menjamu selera di kedai tu.. Hari ni menu pilihan ialah...

Coney Dog dan Texas Ted
Menu pilihan hari ini ialah Coney Dog dan texas Ted. Errr bukannya mak makan kedua duanya ya.. satu untuk mak dan satu untuk adik mak yang sedang "boyot" itu hehehe..

Aiseyman baru nak makan adik snap pic plk kena control ayu hahaha.. Ok lah not bad lah rasanya coney dog yang Mak Dara makan tadi... So no more dinner untuk mak malam ni.. Karang badan dari saiz washing machine bakal menjadi 2 pintu peti ais haha