As Salam.. Fuhhhh akhirnya dapat juga Mak Dara bertemu dengan blogger idola Mak Dara iaitu Red Mummy di event Nuffnang Astro Beyond Hollywood Night tempoh hari.. Perghh malam tu Red Mummy merahhh habis uols.. Memang sesuai dengan namanya RED MUMMY.. Walaupun dalam sarat mengandung namun red Mummy pandai bergaya memang stylo habis.. Glowing aje wajah Red Mummy malam tu.. Seri orang berbadan dua lah katakan.. Namun kesian juga padanya malam tu sebab acara berubah tempat jauh jugak kena jalan sampai letih Red mummy dibuatnya..
Mak Dara kemudian terus mendekatinya dan bertegur sapa.. OH MAK GAYAH... Memang baik sungguh orangnya.. tarak sombong hokay... Mak Dara kemudian meminta untuk bergambar dengannya . Mak kata tak payah bangun lah mesti Red Mummy letih.. Dia siap kata tak apa dan terus bangun dan bergambar dengan Mak Dara.. Memang baik dan ramah betul Red Mummy. Siap kata yang macam dia pernah dengar nama blogger Mak Dara.. Aicewahhh terkembang kejap mak dara dibuatnya haha..

Memang gorgeous.. memang sweet.. memang humble.. Itulah Red Mummy... Tks Red Mummy semoga kita dapat bertemu lagi di event yang akan datang ye..