Monday, November 7, 2011

Mak Dara Jadi Doktor Gigi

Ya bermula dari hari ini Mak dara akan bertukar profession dari penulis skrip kepada doktor gigi!!! Kenapa? Tak percaya?? hehehe

Anak ketiga Mak Dara Adza Kasih ni gigi susu dia didepan tu memang dah longgar beberapa hari kebelakangan ni.. Dan Mak Dara dapati yang ada gigi baru yang tengah nak tumbuh dibawahnya.. Kata ayah mak Dara kalau gigi yang dah nak tercabut tu tak dicabut cepat cepat nanti gigi yang akan tumbuh tu akan jadi jongang.. Ye lah dah takde tempat untuk ia tumbuh maka dia kona cari port lain untuk tumbuh kan..

Mendengar aje perkataan jongang mak dara terus nekad!!!! Mak Dara akan jadi gigi Doktor hari ni.. Lepas berapa lama mak dara pujuk dan macam macam janji telah Mak dara taburkan pada anak mak tu akhirnya dia setuju kasi Mak cabut giginya tu.. 

Muka suspen Kasih sebelum giginya Mak Dara Cabut..

Fuhhhh nebessss gila time nak cabut gigi anak mak tu.. tapi demi masa depan dia  agar tak jongang mak dara kuatkan semangat dan cabut!

Yeay berjaya dicabut akhirnya.

Mak dara cabut pakai tangan dan towel je ok.. Lagi teror dari doktor gigi kata samo mak hahaha.. Nasib baik le cuma beberapa kali aje ditarik terus tercabut.. Mula mula nangis juga anak mak tu.. tapi bila nak tangkap gambar terus lap airmata dan senyum hehe

Kasih.. Hehehe dah tak ada gigi 

Hmmm nak dijadikan cerita Kasih bakal sambut harijadinya yang ke 7 minggu depan 14hb Nov.. Mak Dara dah bagitau dia supaya senyum tanpa nampakkan gigi masa birthday party dia nanti hahahaha.. Pada sesiapa yang nak cuba cabut gigi dengan Mak Dara sila ambil nombor giliran ye.. Ada beberapa kaedah lagi yang mak belum gunakan untuk cabut gigi ni iaitu ikat gigi dengan tali dan ikat tali ke pintu dan byk lagi heheh