Wednesday, November 9, 2011

Testing testing 123...

Wahhhh ni first time mak dara guna ipad milik somi mak dara ni.. tak taulah macam mana rupanya bila dah publish nanti.. Nampak macam senang je ni.. Kalau macam ni boleh le mak selalu update entry dimana dan bila bila masa saja kan......

Cuma tengah pikior macam mana nak upload gambor masuk dalam entry ni.. Haaa part tu cikgi mak dara belum ajar lagi hehehe.. Ok meh nak try publish... Mari kita tengok siapa yang kenaaaa

Somi Mak Dara Tercalon Dalam Festival Filem Malaysia ke 24

Syukur alhamdullilah.. Somi Mak Dara Martias Ali telah tercalon dalam Festival Filem Malaysia ke 24.. Dalam kategori CERITA ASAL TERBAIK... 

somi Mak Dara Martias Ali


Gambar diatas diambil ketika Majlis Sidang media pengumuman calon calon terbaik FFM 24 . Jujur dan ikhlas Mak Dara katakan yang kami amat amat bersyukur kerana somi mak turut tercalon pada FFM kali ini bersama sama 4 orang calon yang hebat hebat belaka.. Meh kita tengok senarai calon bagi Cerita asal terbaik ini...

Top 5 Cerita Asal Terbaik

Mamat Khalid – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Syamsul Yusof – Khurafat

Syamsul Yusof – K.L. Gangster

Martias Ali – Libas
Mira Mustaffa – Nur Kasih The Movie


Menang atau kalah tolak ketepi.. Dah tersenarai dalam 5 terbaik pun kami amat bersyukur sangat sangat... Fuhhh tak sabar rasanya nak ke Festival Filem Malaysia 24 yang akan berlangsung pada 20hb Nov depan...