BLOGGER.... Bagi Mak Dara semua yang bergelar Blogger semuanya insan insan yang kreatif.. Dan ramai yang suka dan minat tentang filem filem dan drama drama tanah air.. Kalau tidak masakan terdapat banyak review review mengenai filem filem yang dibuat oleh para bloggers kan..Sebagai contoh terdapat seramai 126 blogger yang menyertai GA BERIKAN "SATU" TAJUK DRAMA yang telah Mak Dara anjurkan tidak lama dulu... dan Mak dara pasti anda semua juga pasti pernah berfikir jika anda pembikin filem.. tidak kiralah nak menjadi pengarah, penulis skrip ataupun pelakon.. cerita drama atau filem bagaimanakah yang anda mahu lakukan.. Kiranya macam anda mempunyai jalan cerita anda sendiri tapi anda tak tahu bagaimana untuk menjadikan story/cerita anda menjadi drama atau Filem kan...

(logo MC PITCH)
Bagaimana jika Mak Dara katakan kini anda boleh merialisasikan impian anda itu dengan event MC PITCH. Pihak MC PITCH akan memberikan 50 Jemputan kepada para Blogger untuk menyertai acara ini.. Apa yang perlu anda lakukan amatlah mudah.
1) Buat satu entry "Saya Mahu Jemputan Ke MC PITCH"
2) letakkan logo MC PITCH seperti diatas
3) Copy paste "quote" seperti dibawah
Ada Idea Kreatif Untuk TV, Filem, Novel? Jom Pitch Idea Terus Kepada Producer /Penerbit! Kepada yang ada idea, tak kiralah penulis ka, pemandu teksi ka, doktor ka, suri rumah ka, tukang masak ka, cikgu ka... asalkan ada idea nak tulis buku ka, novel ka, drama tv ka, filem ka, duko ka, apa-apa sajalah idea... tapi tak tahu kat mana dan macam mana nak jual idea tu, silalah ke Program Malaysia Creative Pitch nanti. INGAT! Bukanlah proposal yang tebal-tebal tu, tapi just idea... sekeping pun tak apa... atau cerita terus pun okay... Datang saja ke Finas pada 17hb nanti dan bentangkan idea anda kepada penerbit buku/novel atau produser TV/Filam... kalau diaorang suka idea anda, maka adalah hasil untuk anda. Mana tau idea anda sesuai untuk filem... mungkin rezeki anda RM20K.... atau rezeki anda untuk jadi novelis..
4) Sertakan bersama alamat email anda (untuk urusan penghantaran jemputan)
5) Setelah selesai sila letakkan link di entry ini..
6) Tarikh tutup penyertaan 15hb Nov 2011
6) Tarikh tutup penyertaan 15hb Nov 2011
Itu sahaja.. Mudah bukan.. Semoga anda mendapat jemputan ke acara MC PITCH yang akan berlangsung di FINAS Hulu Kelang pada 17hb nanti ya.. Dan semoga di sana anda bisa menyampaikan story atau cerita anda kepada semua penerbit dan semoga cerita anda dapat dijadikan drama, novel ataupun Filem insyaallah.. Untuk Maklumat lanjut tentang MC PITCH sila klik di SINI
