Sunday, November 20, 2011

Mak Dara di Malam Anugerah Gemilng Cipta

As Salam.. Wahhh asyik sibuk terlupa Mak Dara nak update entry mengenai acara Malam Anugerah Gemilng Cipta yang telah berlangsung di Taman Tasik Perdana pada 16hb November lalu hehe.. Ok meh mak nak story sikit tentang malam tu ye..

Pada malam acara itu sebanyak 10 buah anugerah telah disampaikan kepada pemenang. Dan antara perangkul anugerah yang banyak ialah dari KRU dengan filem HIKYAT MERONGMAHAWANGSA.. Tahniah memang hebat daan layak untuk menang pun.. Meh Mak Dara share gambar yaang sempat Mak Dara snap di sana ye..

Mak Dara dan somi sebelum acara bermula

Anak teruna Mak Adza Haiqal pun turut hadir sama

dri kiri adik Mak Dara Adza Emie, Mak Dra dan Adza Haiqal

gandingan hebat hos Linda Onn dan Haalim Othman

Edry KRU menerima hadiah

Adik Mia Sara menerima hadiah

AR Badul memang terbaek lah 
dengan lawak selambanya menyampaikan hadiah

Mak Dara sempat bergambar dengan Halim Othman =)

Adik mak pun tak lepaskan peluang hehe

Acara ini berjalan dengan lancar alhamdullilah .. Dan semoga acara Festival Filem Malaysia ke 24 yang bakal berlangsung pda malam ni pun akan berjalan lancar jua hendaknya insyaaallah.. Ok mak dara nak siap siap untuk ke FFM dulu ya.. Nanti malam tontonlah FFM secara langsung di kaca tv ya..





MAK YONG

Syukur alhamdullilah akhirnya siap juga skrip drama bersiri 13 episod bertajuk MAK YONG.. Skrip drama ini Mak Dara tulis bersama adik Mak Dara iaitu Adza Nasyaemie dan cerita asal drama ini adalah somi Mak Dara Martias Ali.


Drama Mak Yong ini adalh musim yang kedua.. Musim pertama drama bersiri Mak Yong telah pun ditayangkan di RTM pada Disember 2010 yang lepas.. Dek kerana sambutan yang menggalakkan maka pihak stesen TV meminta supaya drama ini disambung ke musim kedua.. Syukur alhamdulliah rezeki namanya ni hehe..

Drama bersiri Mk Yong ini bakal menjalani penggambarannya tidk lama lagi.. Doa doakan semoga penggambaran drama ini berjalan lancar ye.. Mak Dara difahamkan yang drama ini akan ditayangkan pada awl tahun depan insyaallah.


Satu Malam Tak Boleh Tido.. FFM Punya Pasal..

gambor cik google

Adessssss satu malam Mak Dara tak dapat nak lelapkan mata.. Bukannya sebab ternampak hantu ke apa.. Ni semua gara gara Festival Filem Malaysia (FFM) yang akan berlangsung pada malam ni di PICC Putrajaya. Mana taknye.. Somi mak, Martias Ali antara calon bagi Cerita Asal Terbaik dengan filemnya LIBAS dan bertanding dengan Mamat Khalid(Hantu Kak Limah Balik Rumah), Shamsul Yusof Haslam(Khurafat dan Gangster) dan Mira(NUR KASIH THE MOVIE).. Harapan untuk menang amat tipis le kan bila tengok senarai calon yang lain. Tapi sebagai isteri sokongan moral untuk suami harus lah jitu kan hehehe.

Mak Dara masih menanti baju yang dijahit oleh teman Mak Dara iaitu DD dari D'Ulek Creation. Katanya baju mak dah siap pagi tadi.. Sekarang menunggu dia hantarkan saja baju tu untuk Mak Dara fitingkan sekali lagi.. 

Jangan ketinggalan ye menonton siaran langsung FFM ke 24 malam nanti =)