Tuesday, November 22, 2011

Fesyen Mak Dara ke Festival Filem Malaysia FFM24

Syukur alhamdullilah Festival Filem Malaysia FFM ke 24 telah pun melabuhkan tirainya dan somi Mak Dara telah berjaya membawa pulang Anugerah Cerita Asal Terbaik Amin amin ya rabbal alamin.. Bagi mak acara itu berlangsung dengan jayanya sama seperti yang Mak harapkan.. Namun yang paling mak berpuas hati adalah baju Mak Dara yang telah disponsor oleh teman baik Mak DD atau nama penuh dia Fazreen Azrin Shah dari D'ULEK CREATION . DD juga merupakan Make up artist untuk Filem LIBAS..

Pada mulanya Mak Dara pening juga dengan apa yang nak Mak pakai pada malam FFM tu ye lah tema malam itu ialah hitam keemasan.. Mak bukan takde dress warna hitam namun dengan "imej terbaru" mak sekarang rasanya semua dress dress yang dulu dah tak sesuai lagi dengan Mak. Dan pada satu hari tu Mak ada menonton EMMY AWARD dan mak terus jatuh cinta bila mak melihat satu artis hollywood ni dan dressnya yang sangatttttt cantik.. Buat tak tidor mak beberapa malam.. Seriusss sangat berkenan.. 


Haaaa cantik kan... Dan Mak Dara ada ceritakan hal ini pada DD dan DD terus cakap yang dia bisa membuat dress seperti itu untuk Mak Dara.. Apa lagi dia terus datang rumah untuk mengambil ukuran.

DD tengah mengukur.. Cukup tak tali tu nak ukur pinggang akak haha


DD tengah mencatat ukuran 

sketch oleh DD

 
Tadaaaaaaa 


Dan tepat pada pagi FFM tu DD akhirnya siapkan baju itu dan terus Mak pakai di majlis FFM malam itu. Memang sangat puas hati dengan apa yang telah dihasilkan oleh DD itu.. Sungguh terperinci dan detail.. Thank you DD.. Luvssssssss the dresssssss!!! Tahun depan kita buat dress baru lagi ye hehe

Pada sesiapa yang memerlukan khidmat make up, andaman ataupun wedding planner boleh le bertemu dengan DD. Pasti berbaloi baloi... Klik di SINI untuk ke FB DD ye..