Aduhhhh ..semalam Mak Dara termimpi yang somi Mak Dara kahwin lagi .. Dah terjaga dari tidur dan sambung tidur balik tapi mimpi tetap sama.. Apakah maknanya itu wahai ahlil nujum.. muyskil mak dibuatnya ..

Mimpi semalam dah tak ubah macam cerita Madu Tiga.. Cuma versi Madu dua.. Hairan jugak mak sebab semalam sebelum tidur Mak tonton cerita hantu last last macam mana Mak boleh termimpi pasal laki kahwin lain pun tak tahu lah haha.. Jadi Mak pun bertanyalah pada teman teman FB mak tentang ni..
Fuhhhh tak sangka jugak ramai yang memberi respon pada kemusykilan Mak Dara tu.. Tengok sampai 45 ahlil nujum memberikan pendapat pendapat mereka.. Namun kebanyakkannya menyatakan yang mimpi hanyalah mainan tidur dan mainan syaitan dan mak pun bersetuju dengan pendapat mereka.. Janganlah terjadi betul betul kerana Mak belum habis belajar silat tandoori payat lagi ni hehehe.. Inilah jadinya bila somi mak outstation.. asyik terfikir pasalnya sampai terbawak ke dalam mimpi ngeee.. Mudah mudahan malam ni takde lagi mimpi mimpi begitu. Sebelum tidur malam ni mak nak basuh kaki.. basuh tangan basuh siku sebelum tidur=)
p/s: SAPA TAK SAYANG LAKI Oiii hehehehe


