Saturday, November 26, 2011

Cerita di sebalik lagu Maal Hijrah



Setiap kali tibanya Maal Hijrah pastinya lagu MAL HIJRAH ini akan dinyanyikan dan berkumandang. Cerita di sebalik lagu Maal Hijrah ni sebenarnya..  kalau anda nak tahu somi Mak Dara, Martias Ali antara yang menyanyikan lagu ini bersama rakan rakan MUSIC SCHOOL UITM Shah Alam pada tahun 80an dahulu.. Merekalah yang original menyanyikan lagu ini dan dirakam di Studio Filem Negara dan mulalah lagu itu berkumandang di radio di seluruh Malaysia... 

Masa kecik kecik dulu Mak Dara selalulah menyanyikan lagu ini bila tibanya Maal Hijrah tanpa mengetahui bahawa Mak Dara bakal mengahwini salah seorang dari penyanyi yang menyanyikan lagi itu bila mak besar kelak hehehe.. What a small world kan hehe..

Kini lagu Mal Hijrah dah banyak versinya.. Dan banyak dinyanyikan semula dan salah satunya adalah dari kumpulan Al Ajiba di ataslah.. Mak cuba juga cari versi original yang dinyanyikan oleh somi Mak Dara tu tapi tak ada.. Syang betul kan.. Kalau tak boleh le anak anak mak dara dengar suara papa mereka hehehe

Mak Dara ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433 dari Mak Dara sekeluarga....