Sunday, November 27, 2011

Nak Menonton Kucing Dalam Kasut Boot


Malam ni rombongan cik kiah akan menyerang ke TGV Wangsa Walk Mall untuk menonton PUSS IN BOOTS 3D... Fuhhhhh niat sebenar nak tengok biasa biasa aje siapa sangka tiket daah sold out dan yang aada hanyalah tiket 3d je maka terpaksalah membelinya dek kerana dah berjanji dengan anak anak untuk menonton filem si kucing kiutttt ni ..

Nak tonton wayang pukul 10 malam nanti tapi anak anak Mak dah bantai siap dengan baju sejuk dah.. Suruh pakai nanti degil nak jugak pakai.. Pakailah anak anakku.. asalkan korang happy sudah hehe..


Blog Dan Blogger Pilihan Mak Dara Hari Ini

As salam... Pagi ni Mak Dara nak kenalkan anda dengan "Blog dan Blogger Pilihan Mak Dara Hari Ini.. Dimana Mak Dara akan memilih satu blog/bloger yang istimewa dan akan meletakkan RSS nya di blog Mak pada hari ini.. Dan hari ni Mak Dara terpanggil untuk memilih Blog Mrs Secretary menjadi Blog Dan Blogger Pilihan Mak Dara Hari Ini.

mrs secretary

Kenapa Mak Dara memilih blog ini? Kerana blogger Mas Saari sering meninggalkan komen di entry yang Mak Dara publishkan.. Dan Mak Dara juga suka dengan blognya yang santai gitu.. Memang hampir setiap hari mak akan terjah ke blognya tu hehehe

Kepada semua blogger terutamanya Mas dan semua silent reader di blog Mak ni.. Mak nak ucapkan sekalung terima kasih diatas sokongan anda pada blog picisan Mak Dara ni ye.. Dan mak amat amamt menghargai setiap komen anda.. Hilang segala penat lelah bila dapat tahu ada juga yang sudi membaca entry meroyan yang mak tuliskan tu heehhe 


Dah alang alang baca entry ni apa kata moh le ke blog massaari @ http://www.massaari.com/


Bercanda Di Tepian Swiming Pool Eh..

Bercanda di pasiran pantai.. Kita bersama bermadu asmara.. cinta setia... auuuu aaaaaaaaaaa auuuuuu hahahahha.. Tiba tiba teringat lagu allayarham Sudirman dan Anita Sarawak Bercanda di Tepian Pantai tu.. Tapi dalam kes Mak Dara bercanda di tepian swiming pool hehehe



Memang sangat la seronoknya bercuti di Holiday Villa ni.. Anak anak pun happy.. Dan yang paling menarik di  sini adalah view dan permandangannya terutama view dari swiming pool ni... direct terus nampak KLCC.. memang bestttlah di sini =)