Dah 15 tahun Mak Dara berkecimpung dalam dunia penulisan skrip drama dan hampir 61 skrip drama hasil tulisan Mak Dara dan juga team mak terdiri dari Martias Ali, Adza Emie dan MF Kencana telah keudara di kaca TV dan Mak Dara baru sahaja habis menulis skrip bersama adik Mak Dara iaitu sebuah drama 13 episod bertajuk MAK YONG yang akan menjalani pennggambarannya tidak lama lagi dan akan ditayangkan di RTM pada awal tahun depan.. Tiba tiba terdetik dalam hati Mak Dara yang Mak mahu beralih arah... Ya Mak berfikir untuk menjinak jinakkan diri dalam penulisan novel pulak..Sebenarnya Mak Dara dah lama teringin nak tulis novel sejak dari melihat suami menghasilkan novelnya ANAK PENARIK BECA .

Tapi time tu cuma hangat hangat ayam aje.. Tapi sejak dua menjak ni hati semakin menggelodak untuk menghasilkan novel mak yang pertama.. Insyaallah sekarang dalam perbincangan.. Jika semuanya ok Mak akan keluarkan novel mak yang pertama nanti insyaallah... Doa doakan untuk Mak ye..