As Salam kepada semua teman.. Malam ni Mak dara mahu mendedikasikan sebuah entry istimewa untuk insan yang istimewa dalam hidup Mak Dara iaitu untuk adik bongsu Mak Dara iaitu Adza Nasyaemie atau dalam dunia blog dia pakai nama SUPER IBU hehe.. Emie menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 22 hari ini 7hb Dis 2011. Dan kami telahpun menyambut harijadinya semalam di Concord Shah Alam..

Emie dan anaknya Adza Qhaliesya tengah tiup kek birthday

Mak Dara dan Super Ibu

Mak Dara dan Super Ibu
Adik Mak Dara ni sebenarnya tengah sarat mengandungkan anak keduanya.. Dan dijangka akan lahirkan babynya tu pada 2hb Januari depan.. Lebih kurang 3 minggu aje lagi.. Tapi nampak gayanya macam tak lama lagi saja.. Mengikut firasat Mak Dara dia akan melahirkan pasti awal seminggu atau dua minggu dari tarikh yang doktor berikan tu.. Yelah tengok nak jalan pun dah tak larat.. Dan asyik saja mengadu sakit sakit.. Lagipun mengikut sejarah dia melahirkan anak sulungnya tu pun terawal 3 minggu dari tarikh yang sepatutnya.. namun apa apapun marilah sama sama kita doakan semoga Emie selamat melahirkan anaknya itu ya..
To Emie.... Luvssssssss youuuu soooo muchhh sista.. U know ur my favvvvvvvv sista ever... Hugs and kisss... Cepat cepat le bersalin ye.. Tak sabaq nak tengok muka Adza Qamalia tu nanti hehe Have a blast birthday and I love you bebehhhhh...










