
Tengah hari tadi sepupu Mak Dara ada mengajak Mak Dara menonton DATIN GHAIRAH.. Mak Dara adalah tengok posternya sekali dulu tapi tak pasti apakah kisah yang terdapat dalam filem ni.. Namun Mak Dara pada masa tu tengah temankan adik bongsu mak ke klinik untuk check up kandungannya yang dijangka akan meletop tak lama lagi maka kami tundakan untuk menonton filem ni pada masa yang lain..
Balik aje dari klinik terus le Mak Dara search pasal filem ni .. Pasal sinopsis atau jalan cerita tu Mak Dara tak dapat nak komen sebab belum tengok pun lagi.. Tapi yang penting ada Abe Aaron hokeyyyy hehehe.. Harap harap akan dapat menonton bersama sepupu Mak Dara iaitu Mak Lady tak lama lagi.. Pada yang belum tengok moh Mak Dara sharekan klip trailer filem ni ye..