
As Salam kepada semua teman blogger yang di kasihi.. Mak kini dalam misi mencari geng.. ohh bukan geng bas sekolah.. ataupun geng gengster.. bukan bukan.. Mak Dara sekarang sedang dalam misi mencari teman untuk ke Majlis Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 yang akan berlangsung pada 16hb iaitu hari Jumaat ini..
Yelah selalunya bila dapat jemputan pastinya dapat dua tiket.. Tapi kali ni satu jemputan hanya khas untuk seorang aje.. Habesss mati kutulah mak dara dibuatnya.. Mula mula dah plan tak nak pergi tapi bila difikir fikirkan balik rugi pulak rasanya kan.. Bukan senang nak bertemu dengan 500 blogger hebat dari seluruh Asia kan..
Untuk menambah kepeningan mak ni ialah transportation.. Somi mak kan otstesen maka takde yang nak hantor mak ke nunnn di putrajaya tu.. Tapi tadi Mak terima email dr Nuffnang katakan yang ada shuttle bus dari Kl ke event tu.. Mak dah balas email tu tapi tak tahulah mak dapat ke tak sbb tempat duduk terhad hanya utk 40 orang je huhu
Soooo jadinya mak nak tanya.. Ada sesiapa di sini atau blogger blogger yang anda kenali yang mendapat jemputan ke acara ni? Kalau ada boleh le kita jumpa di sana.. Baru ada geng.. Takde lah mak dara ke sana sorang sorang tanpa berteman..
Sekarang Mak Dara baru temui seorang teman blogger iaitu Zoe.. Harap harap dapat lah bertemu kami disana .. mudah mudahan.. amin...
p/s: siapa2 yg pegi tu emailkan le nombor telefon anda pada mak dara .. boleh le kita roger2 di majlis tu nanti nak.. email mak dara ... mrs_martias@yahoo.com