Thursday, December 15, 2011

Gambar Tun M dan Tun Siti Hasmah Yang Sangat Sweet!

As Salam teman blogger.. Baru sebentar tadi Mak Dara terlihat teman facebook Mak Dara  sharekan gambar Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah yang jarang jarang dapat kita lihat.. Gambar yang sangat sweeeeeetttttttt sangat!!! Cuba anda tengok....


Sweeeeeeettttt sangat kan... Memang pasangan Ideal dan merupakan idola Mak Dara sedari kecil.. Semoga allah memberi kesihatan dan kebahagian berpanjangan untuk mereka amin...

KFC ALPHA ANGLE KOTOR, SERVIS LEMBAB DAN OVERCHARGE!!



Ya ini memang entry bengang dari Mak Dara.. Sebengang bengangnya... Entry ini juga diharapkan semoga tiada lagi pelanggan yang terkena seperti apa yang berlaku pada Mak Dara dan adik adik Mak semalam..

Ok bermula kisah Mak Dara temankan adik bongsu Mak Dara yang tengah sarat mengandung tu mencari baju baju untuk babynya tu di Jaya Jusco Alpha Angle.. Dah selesai shoping mak boyot terasa lapar maka yang paling cepat dan pantas (kononnya) adalah KFC..

Sesampai di sana.. Kami tengok keadaan tempat duduk di KFC tu kotor.. Bekas bekas makanan oleh pelanggan sebelumnya masih berselerak atas meja dan tidak dicuci.. Bukan satu meja aje tapi 2-3 meja .. Ok fine lagi.. Kami kemaskan sendiri.. Ambil semua pinggan dan bekas minuman yang kotor dan alihkan ke meja sebelah..


Ini meja yang kami duduk dan terpaksa kemas sendiri.. 
Meja sebelah pun sama tak berkemas

Bila kami amati banyak pekerja dia dok tersadai kat satu pot sebelah dalam kaunter tu.. Dok sakan bergelak ketawa.. Maybe boss takde kot.. Dalam 2-3 orang yang tak serve makanan tu apakata kemaskanlah pinggan dan makanan atas meja tu kan.. Dah rupa macam kedai mamak dah pun.. Tapi rasanya kedai mamak pun tak dibiarkan bersepah macam tu.. Pekerja bangla pun tahu etika kebersihan rasanya dari diorang ni..

Ini keadaan meja di belakang kami.. Dah berapa lama makanan 
tu terbiar macam tu pun tak tahulah..
(note sehingga kami balik masih belum berkemas!)


Dah le meja meja dibiarkan kotor.. Terdapat kebocoran di hadapan kaunter tu.. Siap taruk baldi je pekerja pekerja KFC ni.. Ok fine kalaupun ngko nak letak baldi aje.. Apalah salahnya kalau lapkan air air yang terpercik keluar dari baldi tu.. Tak pon kalau malas jugak taruk lah tanda "CAUTION WET FLOOR" ke sekurang kurangnya tak membahayakan pelanggan.. Nasib baik adik Mak Dara yang boyot tu tak terjatuh semalam.. Kalau terjatuh memang kompommmm samannnnn punya..

Ok tolak sebelah bab kebersihan.. Maka Mak dan adik mak pon beratur lah untuk membeli makan.. Dah le lama beratur rupanya para pekerja tengak sakan melawak bergelak dok bersembang sesama diorang.. Sah le boss cuti atau keluar rehat.. Kemudian tibalah giliran adik Mak Dara, dia pesan makanannya dan bayar.. Bila diberi, minuman salah tak ikut combo yang diberikan.. Lepas tu air add on milo ais yang diminta pun tak diberikan.. Bila adik Mak tanya dia kata opss lupa.. kejap ye.. Lepas dia betulkan dia mintak lagi duit Milo ais tu.. Adik mak kata bukan dah bayar ke.. Dia kata belum.. Adik mak yang dah letih tu malas nak layan dan bayar aje.. Mak geram terus minta adik mak bill Mak nak periksa..sebab memang dah tahu macam kes nak kebas duit je mamat tu.. Dah tu adik mak kata mamat tu tak kasik pun bil. Bila mak nak sound mamat tu adik mak kata please tak payah nak bising bising lah.. Biaqla dia.. Sebab adik Mak memang tahu kalau Mak Dara dah mula pot pet.. mau bising satu KFC tu nanti.. Melihat dia tengah sarat tu Mak ikutkan ajelah permintaan dia dan diamkan aje.. 

Lepas tu giliran Mak Dara pulak membeli makanan KFC untuk dibungkus untuk anak anak Mak di rumah.. Sesampai disana.. Mak order le satu set "BARGAIN BUCKET" yang tertera kat atas papan menu tu.. Harganya RM19.90.. Bila mak nak bayar dia minta RM34.90.. Mak kata kenapa pulak banyak ni.. Akak mintak set tu.. siap tangan tinggi menunjuk ke arah set yg dah terang terang atas kepala dia tu. dia kata ok kak.. Dia padam dan key in sekali lagi.. Tetap keluar RM34.90.. Menyirap le Mak Dara.. Dah le tadi kau nak pau adik aku sekarang nak pau aku pulak.. Mak dara cuba bersabar lagi dan tunjuk sekali lagi.. Adik... akak nak set yang Bargain Bucket tu di atas tu.. set ayam 6 ketul bersama 3 chicken rice harga RM19.90 pleaseeee.. Dia kata ok kak.. Pastu dia padam dan kemudian bila dia key in balik tetap keluar harga RM34.90!!! 

Bargain Bucket


Mak hangennn terus mak kata.. Kalau macam ni baik tak payah dik.. Kau simpan.. Lain diminta lain harga dibagi.. Tak payah!!!! ohhh memang berderau aje darah mak tatkala waktu tu.. Kalau cakap dengan mat bangla ke mat vietnam ke kemboja ke yang keje kat kedai mamak pun boleh faham.. ni budak ni warga malaysia macam mana boleh tak faham.. Aduhhh memang kompom akan boikot KFC ALPHA ANGLE forever and ever.. 

Maaf ya.. Entry mak kali ni memang agak panass sikit.. selalu tak macam ni kan.. Selalu cakap pasal drama.. cakap pasal anak anak.. tup tup hari ni mara mara pulak.. Mak promise lepas ni takde marah marah lagi ye.. so dont be the terkejut bila habis baca entry mak ni ye hehehe. Btw ada sesiapa yang tahu macam mana nak hantar complaint pada KFC tak, tolong beritahu mak ok.. Tks.. Tindakan harus dilakukan supaya kejadian yang sama tidak berlaku pada pelanggan pelanggan yang lain..



OH MAK GAYAH! Mak Dara Pemenang Contest Blog eazy izzudin!

Mak Aih ! Contest Blog Eazy Izzuddin ?!

OH MAK GAYAH! Mak Dara adalah Pemenang Tempat Pertama dalam "Mak Aihh Contest Blog eazy izzudin" iaitu sebuah contest dari blogger Eazy Izzuddin . Tanjat mak!!! Memang terkejut Mak Dara bila mendapat komen dari adik Eazy di blog Mak tadi..

Syukur alhamdullilah.. Akhirnya berjaya juga menang contest ni .. Memang berbaloi baloi Mak Dara mengadap komputer bagi membuat video khas untuk menyertai contest ni.. Nak tengok video tu? Moh kita tengok ramai ramai ye hehe

Mempersembahkan Video Mak Aih! Contest Blog Eazy Izzuddin?!


Emmm ok tak video mak ni hehe.. Hadiah hadiah yang bakal Mak Dara terima pun memang mantop mantop belaka..


hadiah2
antara hadiah2 untuk semua pemenang
(termasuk Mak Dara le hehe)

Terima kasih kepada Eazy Izzuddin kerana telah mengadakan GA yang sungguh menarik ini.. Kalau boleh buatle selalu ye hehe..


CINTA ANTARA BENUA

Pejam celik pejam celik dah 5 hari somi Mak Dara Martias Ali outstation.. Aduhhhh makin meroyan mak dibuatnya hahahaha.. Hanya panggilan telefon ajelah pengubat rindu.. dah ghope macam drama CINTA ANTARA BENUA pulak rasanya hahahaha



Perghhh jelesnya bila terima gambor gambor dari somi mak ni.. Kan besttt kalau Mak pun ada kat sana tika dan saat ni.. Mau ajak jalan jalan sampai lebam hehehe... Dah alang alang baca entry meroyan Mak ni apakata jom layan lagu Cinta Antara Benua oleh Arni Nazira ni ramai ramai hehehe




Lirik Lagu Cinta Antara Benua Arni Nazira
Tiada kata harus kulafazkan
Untuk menyatakan cintaku padamu
Hembusan rindu antara benua
Ternyata syahdu membelai
Aku jua sepertimu kasih
Merindumu sepanjang hayatku
Sabarlah menanti hadirku
Walau berjauhan… walau kesunyian
Kutetap menantimu hingga akhir nanti
Itulah sumpah kita yang terpatri
Tak mungkinkan terlerai selamanya
Tiada kata harus kulafazkan
Asyiknya debar cintaku padamu
Riak asmara yang mengusap hati
Ternyata hebatnya cinta…

HARI RABU TANPA KATA... Shyyyyyyy