As Salam.. Tat kala anda membaca entry ini Mak Dara telahpun dalam perjalanan ke Zouk KL di tempat pertemuan para bloggeryang menaiki Shuttle Bus dari KL ke Hotel Marriot Putrajaya untuk ke acara @ Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 (NAPBAS) . Bas shuttle ni disdiakan oleh pihak Nuffnang.. Nasib baik ada bas ni kalau tak memang le Mak Dara tak dapat pegi.. Dek sebab somi mak belum belum lagi pulang sob sob sob hehe..
confirmation shuttle bus dari Nuffnang
Memang acara tu bermula pada malam ni.. Tapi semua blogger yang mahu menaiki shuttle bus ni kena berada di tempat pick up point pada 3:45 petang ni dan bas akan bertolak ke tempat acara pada pukul 4 tepat. Mak aiii dah lama tak naik bas rasa macam Rombongan Cik Kiah dah ni hehe...
Tak sabar dan teruja untuk bertemu dengan 500 blogger pada malam ni woohoooo