Saturday, December 17, 2011

Pertemuan Mak Dara dan Red Mummy

Oh Mak Gayah.. Teruja Mak Dara bila dapat bertemu sekali lagi dengan blogger hebakkk RED MUMMY di acara NAPBAS semalam... 

Mak Dara dan Red Mummy

Rata rata ramai blogger yang hadir ke acara ni tertanya tanya tentang Red Mummy semalam.. Ramai yang tertanya tanya sama ada Red Mummy akan hadir atau tidak ke acara ni dan mak dara pun salah seorang dari mereka.. ye lah di pertemuan mak dan red mummy dalam event Nuffnang yang lepas Red Mummy kelihatan dan sarat (mengandung).. Namun kami semua terkejut apabila melihat Red Mummy tiba bersama husbandnya di acar tu semalam..

Red Mummy memang blogger yang amat Mak hormati dan respect.. Walaupun dalam keadaan sarat begini beliau masih meluangkan waktu untuk memenuhi jemputan ke acara blogger ini.. Memang seorang blogger yang sejati.. Cayalah Red Mummy.. You are my idol!! =)


Sudah Pupuskah Wanita Di Dunia Ni...

Masyaallah.. Ternganga Mak Dara menengok post post teman teman Mak Dara di Facebook mengenai cerita dan gambar ini..


Kisah perkahwinan Lelaki Melayu bersama lelaki Mat saleh di Dublin..Betul ke? Macam tak percaya je kan..  Namun persoalannya sekarang.. Dah pupus ke wanita di dunia hingga nak kena kahwin sejenis ni.. Oh Mak Gayah tak terkata mak.. Dan mak pun idok le mahu mengomen lelebih kan.. Ini soal maruah dan agama ni.. Bukan boleh dibawak memain .Dan kesahihan cerita ini pun masih samar samar.. Apa apapun renung renungkanlah.. semoga perkara ini dijauhi dari anak anak bangsa kita di masa hadapan...


Kata Hati Manusia, Malaikat Dan Syaitan

Salam kepada semua teman.. Hari ni Mak Dara terima satu email dari teman mak... Teman mak ni memang suka hantar email email yang best best.. Entah le dari mana dia dapat cerita cerita yang best begini pun tak tahu lah.. Kadang kadang cerita lawak.. kadang tu cerita ngeri kadang kadang cerita ilmiah. Dan satu email ni Mak Dara nak sharekan dengan korang... 


pic oleh Atok Google


Bila Hati Bersuara
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.



Maka renung renungkan dan selamat beramal....


Pertemuan Mak Dara dan Hanis Zalikha

As Salam... Waduhhhhhh semalam Mak Dara telah ke event Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 (NAPBAS) di Hotel Marriot Putrajaya... Pada mulanya Mak Dara nak batalkan niat untuk ke sana dek kerana takut akan keseorangan bila ke sana.. Namun tanggapan Mak Dara salah belaka bila Mak bertemu dengan ramaiiiiiiiii bloger bloger.. Namun mak amat teruja bila bertemu dengan Blogger Hebakkk iaitu Hanis Zalikha... 

Mak Dara dan Hanis Zalikha... wohoooo super exited

Oh akhirnya dapatttt jugak mak jumpa dengan si gadis ayu ni.. Selalu baca aje blognya yang mempunyai beribu ribu lemon follower tu(salah sorang tu mak le hehe).. Terpegun dan kagum mak melihat Hanis yang sungguh cantik , ayu dan sungguh tinggi itu.. Nak tahu dari mana Hanis mewarisi kecantikannya......?

Mak Dara bersama ibu Hanis Zalika yg sungguh ayu dan menawan

Sudah pastinyalah dari ibunya.. Fuhhhhh melihat Hanis dan ibunya tak nampak seprti pasangan ibu dan anak tapi macam akak dan adik aje.. Fuhhhh jamu apa ye yang Ibu Hanis ni pakai.. Begitu awet muda... 

Hanis Zalikha tengah diinterview


Yang bestnya Hanis dan ibunya langsung tak sombonggg.. Very the humble.. very the sweet you know hehe.. Hope to meet you again Hanis Zalikhaaaaa =)


Jom Naikkan Trafik Blog!


Trafik oh trafik.. Ohh bukan trafik light ataupun polis trafik ye.. Mak Dara bercakap trafik ke blog.. Nak naikkan traffik ke blog anda..?Moh le join ye...

1. Buat entry bertajuk : Jom Naikkan Trafik Blog!
2. Tepekkan Banner di atas tu
3.Tuliskan serba sedikit tentang blog anda
4. Setelah selesai letakkan url entry anda di komen box di bawah ye

Mak Dara akan masukkan semua link peserta nanti dan disitu boleh le kita terjah menerjah ke blog masing masing. Apa yang penting kerjaaaaasama bak kata wonder pets .. Sama samalah kita berkenalan dan menaikkan traffick sesama kita ya...