Sunday, December 18, 2011

Filem SONGLAP.. OK ke?



As Salam semua teman... Sejak dua menjak ni Mak Dara dah kena "Demam Panggung".. Demam sakan tengok filem di panggung wayang.. Kalau boleh hari hari nak layan filem filem terbaru...

Terbaru dan terpanas di panggung buat masa ni rasanya Filem Songlap.. Dari trailer filem ni macam menarik tertarik kau memang the bom je kan...


"PERTAMA KALI KE DIK? NAK TENGOK AJE PON BOLEH..." Oh Mak Gayah!!! Tak tahan dengar dialog tu hahahaha


Tapi apa apapun macam selalulah.. Sebelum pergi terjah ke panggung Mak Dara selalu baca review kengkawan blogger dan tanya orang dulu.. Rasa rasa Kak Bedah.. Mak Jah semualah.. Filem SONGLAP.. OK tak? Ceciter ceciter... Kalau ok Mak plan nak terjah TGV Wangsa Walk esok..

Pada teman teman yang ada buat review pasal filem ni kasi tinggalkan link ye.. 


Lelaki Berdarah Di Pantai Irama Kelantan

Oh Mak Gayahhhh... Gamat jugak di Pantai Irama Kelantan dengan terdamparnya seorang lelaki yang berdarah...


Ohhh jangan telefon 999 dulu ya.. Ini adalah salah satu babak dalam drama terbaru Mak Dara iaitu Drama bersiri 13 episod bertajuk MAK YONG.. Skrip drama ni Mak Dara tulis bersama adik Mak Adza Emie.. Drama ini merupakan skrip drama ke 61 Mak hehehe..



Yang baju putih ni tuan directornya Hazreen Hakim

Penggambaran drama Mak Yong masih lagi berlangsung di sekitar Kelantan.. Orang orang kelantan yang ternampak shooting shooting di kawasan anda tu drama Mak Yong le tu ye hehehe.. Semoga perjalanan drama ini berjalan dengan lancar hingga ke akhir mudah mudahan.. Kalau tak silap Mak drama ni akan disiarkan di RTM awal tahun depan.. tungguuuuu ye..